Filem Aksi Terbaharu 'Blood Brothers' Bakal Gegarkan Pawagam Bermula 10 April Ini
Bersedia untuk aksi tanpa henti!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Blood Brothers, filem aksi paling epik tahun ini, bakal meletup di pawagam bermula 10 April 2025!
Treler rasmi yang baru sahaja dilancarkan kini menggegarkan media sosial dengan adegan penuh intensiti, pertempuran mendebarkan, dan drama persaudaraan yang bakal menguji kepercayaan hingga ke titisan darah terakhir.
Arahan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, serta hasil nukilan Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, dan Ashraf Modee Zain, Blood Brothers menampilkan barisan pelakon hebat dan fenomenal Malaysia seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh, dan Amelia Henderson.
Blood Brothers mengisahkan tentang Ariff (Syafiq Kyle), seorang pengawal peribadi yang setia - dituduh mengkhianati saudara Naga yang telah membelanya. Dalam usaha membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff terpaksa mencari bantuan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Namun, perjalanan Ariff tidak mudah apabila dia menjadi buruan sahabat baiknya sendiri, Ghaz (Sharnaaz Ahmad), yang mengetuai pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu dianggapnya sebagai Blood Brothers.
Bukan sekadar filem aksi biasa, angkat tema kepercayaan, pengorbanan, dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya
Dengan durasi 2 minit 16 saat, treler rasmi Blood Brothers memberikan ledakan aksi yang mendebarkan, koreografi pertarungan yang agresif, serta elemen drama yang menyentuh emosi.
Media sosial kini hangat dengan reaksi peminat yang teruja dengan aksi padu, sinematografi yang mengagumkan, dan jalan cerita yang sarat dengan mesej.
Setiap babak dipersembahkan dengan penuh tenaga, menjanjikan pengalaman yang memacu adrenalin hingga ke penghujung.
Tetapi ini bukan sekadar filem aksi biasa, Blood Brothers mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan, dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya. Bila darah sendiri menjadi musuh, siapakah yang akan bertahan hingga ke akhirnya?
Dengan barisan pelakon mantap, aksi bertaraf antarabangsa, dan jalan cerita yang penuh debaran, Blood Brothers dijangka menjadi filem aksi paling meletup tahun ini!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan treler rasmi Blood Brothers yang kini boleh ditonton di semua platform media sosial Primeworks Studios & Skop Productions.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!