seismik

Keluang Man Cinonet: Superhero Bermaruah, Bermoral & Berilmu Kini Ditayangkan Di YouTube

Sempena mengingati Allahyarham Kamn Ismail, episod pertama animasi Keluang Man Cinonet ini akhirnya telah pun tersedia untuk tontonan ramai.

Cover image via Quest Studio (YouTube)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masih ingat lagikah anda dengan Keluang Man? Budak-budak yang lahir tahun 90-an mesti tahu superhero ini!

Image via Google Doodle

Untuk pengetahuan anda, adiwira tempatan pujaam ramai ini telah tampil dengan animasi terbaharu dengan rupa yang lebih comel bertajuk 'Keluang Man Cinonet', ia boleh ditonton di laman YouTube sekarang melalui saluran Quest Studio.

Siri animasi terbaharu berkenaan telah diilhamkan daripada komik Keluang Man dan Tiong Man yang dicipta oleh Allahyarham Kamn Ismail serta diolah agar sesuai dengan semua golongan penonton.

Sempena mengingati Allahyarham Kamn, episod pertama animasi Keluang Man Cinonet ini akhirnya telah pun tersedia untuk tontonan ramai.

Sebagai rekod, siri animasi Keluang Man Cinonet ini juga mendapat sokongan daripada Keluang Man Club dan Kamn Ismail Gallery sendiri serta diketuai oleh produksi Quest Animation Studio.

Tonton episod pertama animasi Keluang Man Cinonet di bawah:

Kenali sejarah awal tentang watak siri animasi Keluang Man

Sebelum wujudnya Upin dan Ipin, Boboiboy, Ejen Ali, The Amazing Awang Khenit dan pelbagai lagi animasi 2D dan juga 3D dalam negara ini, masyarakat kita pernah dihiburkan dengan kisah adiwira Keluang Man.

Sebagai rekod, Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen yang bersiaran melalui saluran TV1 dari tahun 1996 hingga 1998.

Watak ini diilhamkan oleh Allahyarham Kamn bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana mereka menginginkan kehadiran 'Adiwira Kebangsaan' pada ketika itu. Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah.

Biarpun nama Keluang Man kurang dikenali generasi sekarang, karakter Keluang Man dan Tiong Man masih mempunyai peminatnya tersendiri sehingga ke hari ini.

Bahkan, setiap tahun para peminatnya setia menanti Keluang Man bakal dijelmakan kembali dalam nafas baharu seiring perkembangan zaman.

Dalam pada itu, selain daripada animasi dan komik, Keluang Man juga akan mendapat filem live action nanti. 

Filem berkenaan akan dihasilkan dengan kerjasama Astro Shaw dan Iconic Animation Studio. Buat masa ini, tiada lagi barisan pelakon yang diumumkan. Kita tunggu sahaja maklumat baharu akan datang.

Jadi, jangan lupa subscribe YouTube channel Quest Studio siap-siap guys & nantikan episod siri animasi terbaru, Keluang Man Cinonet ini seterusnya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: