seismik

Bakal Ditayangkan Di YouTube, Keluang Man Versi 'Cinonet' Ini Curi Tumpuan Netizen. Comel!

Yang penting Inspektor Sahab kena ada!

Cover image via Quest Animation Studio (Facebook)

Masih ingat lagikah anda dengan Keluang Man? Budak-budak yang lahir tahun 90-an mesti tahu superhero ini!

Image via Cinema Online

Sebelum wujudnya Upin dan Ipin, Boboiboy, Ejen Ali, The Amazing Awang Khenit dan pelbagai lagi animasi 2D dan juga 3D dalam negara ini, masyarakat kita pernah dihiburkan dengan kisah adiwira Keluang Man.

Sebagai rekod, Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen yang bersiaran melalui saluran TV1 dari tahun 1996 hingga 1998.

Biarpun nama Keluang Man kurang dikenali generasi sekarang, karakter Keluang Man dan Tiong Man masih mempunyai peminatnya tersendiri sehingga ke hari ini.

Bahkan, setiap tahun para peminatnya setia menanti Keluang Man bakal dijelmakan kembali dalam nafas baharu seiring perkembangan zaman.

Bakal tampil dengan siri animasi terbaru menerusi 'Keluang Man Cinonet' di YouTube

Quest Animation Studio menerusi laman Facebook rasmi mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan comeback bagi peminat siri animasi ini tetapi dalam versi lebih comel dengan judul ‘Keluang Man Cinonet’.

Ia merupakan usaha untuk mengembalikan semula nostalgia dan juga harapan yang tersimpan lama oleh generasi yang sama-sama membesar dengan animasi legenda Malaysia itu.

Dalam pada itu, ianya juga untuk generasi baharu bagi mengenal karakter adiwira yang diciptakan oleh Allahyarham Kamarudin Ismail tetapi dalam nafas baharu, konsep, jalan cerita dan teknik baharu.

Siri animasi Keluang Man Cinonet ini adalah dengan sokongan Keluang Man Club dan Kamn Ismail Gallery sendiri serta diketuai oleh produksi Quest Animation Studio.

Beri bayangan selepas siri animasi Keluang Man Cinonet, kemungkinan besar bakal tampil dengan Keluang Man Legasi-X pula

Menerusi status yang dimuat naik Quest Animation Studio, sebelum Allayarham Kamarudin Ismail @ Kamn Ismail meninggal dunia beliau telah melakarkan sangat banyak konsep watak-watak Keluang Man baru di dalam sketch book beliau untuk dibangunkan sekiranya ada peluang dan rezeki termasuklah Keluang Man Legasi-X dan Keluang Man Cinonet..

Penulisan cerita dan skrip yang digarap bukan sahaja di luar kotak pemikiran dengan elemen komedi, drama dan aksi semata-mata tapi beliau sangat menitik berat kehidupan dan identiti rakyat di malaysia khususnya. Kami sebagai legasi akan berusaha menjayakannya. Al-fatihah buat beliau...

Jadi, jangan lupa subscribe YouTube channel Quest Studio siap-siap guys & nantikan siri animasi terbaru, Keluang Man Cinonet ni!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: