seismik

[VIDEO] Aksi Dr Noor Hisham & BoBoiBoy Melawan Covid-19 Dalam Versi Animasi. Wow Hebatnya!

Langkah terbaik untuk mengingatkan rakyat Malaysia dalam mencegah wabak penularan Covid-19.

Cover image via Monsta (YouTube)

Penampilan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham bersama wira animasi BoBoiBoy dalam video pesanan khidmat masyarakat mencuri perhatian ramai sehingga tular

Menerusi video bertajuk CAPP: Kuasa Untuk Lawan Covid-19 itu, Dr Noor Hisham menyeru rakyat Malaysia untuk menjadi adiwira tanpa memerlukan kuasa luar biasa untuk memerangi wabak Covid-19.

Katanya, dengan mengamalkan CAPP iaitu 'CEGAH dari awal', 'AMALKAN norma baharu', 'PATUHI SOP' dan 'PANTAU status kesihatan' kita dapat memerangi wabak Covid-19.

Video tersebut merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan dan Animonsta Studios (Monsta) untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya menjaga kebersihan yang baik.

Dalam pada masa yang sama mengamalkan semua langkah keselamatan dan menyesuaikan diri dengan keadaan baru sehingga kita dapat memutuskan rantai jangkitan ini bersama.

Lihat video PSA penuh tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: