seismik

Porno Kanak-Kanak: Malaysia Kini Di Tangga Ke-3 Di Rantau ASEAN

Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus mengenai pornografi kanak-kanak.

Cover image via SAYS

Malaysia dilaporkan menduduki tangga ketiga di rantau ASEAN bagi pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak

Menurut laporan The Star dua hari lalu, Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak polis (D11) Polis Bukit Aman, Deputi Supritendan Tan Gee Soon memberitahu, maklumat itu dikongsi oleh polis antarabangsa.

Beliau berkata, Malaysia sehingga kini tidak mempunyai undang-undang yang khusus mengenai pornografi kanak-kanak, namun dilengkapi dengan undang-undang pornografi secara umum.

Kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang berkaitan rapat dengan kes penderaan seksual.

Image via www.mariafirdz.com

"Kita mempunyai Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit imej dan filem luch, " ujar beliau, memetik laporan tersebut.

malaysiakini.com

Tambahnya, pihak polis juga sedang mengkaji untuk meminda Seksyen 292 berkenaan yang hanya berkaitan dengan penjualan dan pengedaran bahan-bahan lucah.

Beliau turut memberitahu bahawa D11 merangka cadangan untuk satu undang-undang bagi menangani pesalah laku seksual.

mstar.com.my

Salah satu mangsa penderaan seksual kanak-kanak, arwah adik Nurin Jazlin yang ditemui maut dalam keadaan yang sangat menyayat hati suatu ketika dulu.

Image via www.shahrulnizam.wordpress.com

Unit siasatan seksual juga telah mengemukakan cadangan untuk menggubal undang-undang anti-dandanan, katanya.

Seperti yang dijangka, orang ramai begitu terkejut dengan laporan tersebut dan ada yang mendakwa laporan tersebut tidak benar dan fitnah dari pihak luar yang cuba mengancam imej negara kita

Tidak kiralah sama ada laporan yang dikongsi oleh polis antarabangsa itu benar atau palsu, namun dinasihatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengawasi anak anda untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini dilaporkan seorang warga Britain telah dipenjarakan seumur hidup atas salah laku siri serangan seks ke atas kanak-kanak di Malaysia:

Fakta wajib tahu:

You may be interested in: