seismik

Banyak Lipas & Kotor, Restoran Terkenal Jual Nasi Lemak Di Subang Diarah Tutup Serta-Merta

Pihak berkuasa menemui lipas di dapur.

Cover image via SAYS

Semalam, satu video yang menunjukkan sebuah premis terkenal, di Subang Jaya diarahkan tutup menjadi sangat viral dan betul-betul memeranjatkan orang ramai

Video tersebut telah dimuat naik oleh page berita television terkenal iaitu Buletin TV3 dan sehingga kini menerima lebih 3 ribu perkongsian dan lebih 200 ribu tontonan.

Menurut laporan tersebut, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerusi Jabatan Perlesenan dan Kesihatan memeriksa tahap kebersihan premis tersebut yang diragui tahap kebersihannya atas makluman orang ramai.

Dilaporkan ini bukanlah kali pertama pemeriksaan dilakukan di sini dan sebelum ini juga premis tersebut diarahkan tutup selama tiga hari kerana terlalu kotor.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan malam semalam, anggota MPSJ menemui lipas di beberapa ruang di premis berkenaan

Premis yang menggajikan warga asing sebagai pekerja ini juga didapati mengabaikan aspek kebersihan kerana makanan yang dihidang dilihat terdedah. Malah 7 daripada 16 pekerja yang diperiksa juga didapati tidak mengambil suntikan typhoid yang mana diwajibkan untuk semua pekerja di sektor makanan.

Menurut Timbalan Presiden Jabatan Perlesenan dan Kesihatan, Mohd Zulkarnain Che Ali, beberapa lipas dijumpai di kawasan dapur dan di tempat penyediaan air minuman. Disebabkan itu, premis tersebut telah diarahkan tutup.

"Pengendali restoran gagal untuk memasang perangkap sisa makanan di singki dan mereka menyalurkan semua sisa makanan terus ke dalam longkang. Pekerja juga menggunakan lorong belakang untuk menyediakan makanan mereka," katanya ketika ditemuramah.

Dilaporkan bahawa dua premis, termasuk restoran yang terkenal dengan nasi lemak itu, telah mendapat markah kurang daripada 50% dalam pemeriksaan kesihatan & kebersihan yang dilakukan oleh MPSJ

Mereka juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap kedai.

Menurut laporan media SJ Echo, premis yang menerima kompaun akan mendapat satu perintah untuk menutup premis antara tiga hingga 14 hari bagi membersihkannya.

"Kami tidak mempunyai pilihan hanya dengan memerintahkan kedai-kedai ini ditutup. Tahap penurunan kebersihan dan kebersihan kedai-kedai makan telah menjadi sangat teruk kerana pengendali makanan memilih untuk mengabaikan hal tersebut," kata Mohd Zulkarnain.

Tonton video penuh laporan tersebut di bawah:

Menjijikkan. Premis terkenal menjual nasi lemak di Subang...

Menjijikkan.

Premis terkenal menjual nasi lemak di Subang Jaya, Selangor diarah tutup serta-merta kerana terlalu kotor.

Ketika pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ memeriksa premis berkenaan, mereka menemui lipas di merata-rata tempat.

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, 18 January 2017

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal Nasi Lemak, apa kata anda try buat Kek Nasi Lemak ini:

Sebelum ini Nasi Lemak juga pernah dikatogerikan sebagai "10 Makanan Sihat Untuk Sarapan" oleh majalah TIME:

You may be interested in: