seismik

Pretzel Pizza Pertama Malaysia Di Kafe Ini Terlalu Lazat Sampai Susah Untuk Kami 'Move On'

Benar, kami tak bohong.

Cover image via Farouq Johari/SAYS

"Pretzel Pizza? Apa tu?"

Inilah soalan pertama yang ada dalam fikiran kami sebaik mendengar 'First Pretzel Pizza In Malaysia' yang dihidangkan di kafe Pretz n' Beanz ini.

Kalau 'pretzel' memang kami pernah dengar, tapi 'pretzel pizza' memang kami tak pernah tahu langsung. Jadi, bila kami terima jemputan untuk hadir ke kafe Pretz n' Beanz bagi merasai sendiri kelazatannya, kami rasa sangat excited.

Terletak di Solaris Mont Kiara, Pretz n 'Beanz menyajikan makanan lazat, pretzel lembut, dan kopi segar sepanjang hari, dalam keseronokan suasana yang bergaya dan selesa.

Sama ada anda perlukan permulaan baik pada waktu pagi, makan tengah hari yang power, makanan ringan yang lazat, atau sekadar merehatkan diri selepas seharian kerja keras, kafe Pretz n 'Beanz ini ada segalanya.

Jujurnya, agak sukar untuk kita cari hidangan pretzel yang betul-betul berkualiti. Kalau ada pun, mungkin kualitinya tidak begitu baik.

Mungkin ada yang tertanya-tanya di mana agaknya untuk dapatkan pretzel di sekitar ibu kota. Kepada yang masih tak tahu, anda mungkin seorang yang bertuah kerana membaca artikel ini.

Basil Cheese Pretzel.

Image via Farouq Johari/SAYS

Pretz n' Beanz sememangnya memfokuskan pretzel sebagai menu utama untuk dihidangkan kepada pelanggan. Disebabkan menu ini sukar ditemui di tempat lain, Pretz n' Beanz benar-benar menghasilkan pretzel pada tahap tertinggi yang tiada tandingan.

Terliur kan?

Image via Farouq Johari/SAYS

Kualitinya? Usah dipersoal lagi. Pretzel di sini sungguh lembut, halus, rangup, dan sedap. Kami sendiri kagum dengan sentuhan berkualiti yang diterapkan dalam penghasilan pretzel ini.

Cinnamon Sugar Pretzel.

Image via Farouq Johari/SAYS

Bukan saja kualiti, tetapi tekstur pada pretzel ini juga cukup menarik mata memandang. Senang kata, kalau pandang saja tak cukup, mesti kena rasa sendiri. Tekstur cantik ditambah lagi dengan rasa yang lazat, siapa-siapa pun pasti akan terpikat.

Itu baru pretzel, belum hidangan lain lagi. Kami juga diberi kesempatan untuk menikmati Pretz n' Stew, iaitu hidangan pretzel yang dimakan dengan masakan stew berasaskan daging atau ayam.

"Pretzel dimakan dengan masakan stew?"

Selalunya, kami hanya makan pretzel dengan sos celup saja seperti almond. Hidangan yang agak rare ini buat kami lebih curious untuk tahu dengan lebih lanjut.

Green Curry Chicken Stew.

Image via Farouq Johari/SAYS

Ternyata, harapan tinggi yang kami letakkan pada hidangan Green Curry Chicken Stew ini langsung tidak menghampakan. Expectation kami sampai, dan kami rasa inilah green curry yang paling sedap pernah kami makan.

Karinya pekat, ketulan ayamnya banyak, rasanya pun sangat lazat. Memang puas untuk dimakan. Dan kalau anda nak tahu, agak sukar untuk kami move on dengan kelazatan green curry ini.

Menu ini merupakan salah satu hidangan best seller di Pretz n' Beanz. Jadi kalau anda datang, anda mesti kena try! Kalau tak cuba memang rugi besar.

Moving on kepada menu seterusnya yang diberi nama 'Champignon Baked Egg', iaitu salah satu hidangan all day breakfast yang ditawarkan di Pretz n' Beanz

Dengar nama dah menarik. Champignon Baked Egg merupakan hidangan plain pretzel yang didatangkan dengan kombinasi masakan telur, cendawan, dan cheese yang lemak berkrim dalam satu mangkuk. Rupanya seakan sama dengan Green Curry Chicken Stew di atas.

Champignon Baked Egg.

Image via Farouq Johari/SAYS

Sesuai dengan namanya yang ada bunyi ala-ala 'champion', kelazatannya pun memang champion habis! Cendawannya sungguh segar dan juicy, cheese yang digunakan juga amat menyelerakan. Kombinasi 3 bahan dalam satu hidangan ini memang hebat.

Lagi best, menu ini dihidang panas dan fresh serta hanya akan dimasak bila mendapat pesanan. Jadi pelanggan tak perlu risau kalau makanan ini dihidang sejuk sebab that's not gonna happen. Satu lagi menu yang anda mesti cuba!

Dan menu yang paling ditunggu-tunggu semestinya hidangan signature mereka iaitu Pretzel Pizza!

Tadaa! Ini dia Chicken Hawaiian Pretzel Pizza.

Image via Farouq Johari/SAYS

Pretzel Pizza di sini didatangkan dengan dua saiz berbeza iaitu 7 inci dan 10 inci. Ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan seperti Chicken Hawaiian, Pepperoni Beef, Double Cheese, Norwegian Delight, dan banyak lagi.

Apa beza Pretzel Pizza dengan pizza biasa?

Pretzel Pizza di Pretz n' Beanz dihasilkan menggunakan tepung atau dough yang sama dengan pretzel biasa. Ini bermakna, bahan yang digunakan adalah berbeza dan tidak sama dengan pizza di kedai lain. Ia lebih lembut dan lebih sihat untuk dimakan.

Resipi pretzel di sini sangat unik, gebu, tidak berminyak, dan 100% semulajadi tanpa bahan pengawet. Daripada resipi pretzel ini, Pretz n' Beanz mencipta hidangan Pretzel Pizza pertama di Malaysia pada Julai 2014. Resipi ini ternyata membawa kejayaan dan memberi lonjakan baru kepada kafe ini.

Satu lagi keunikan yang ada pada kafe Pretz n' Beanz adalah pada logonya. Ia mempunyai maksud tersirat yang sangat mendalam.

Our logo of a pretzel on the left and a coffee bean on the right, tied together in a heart shape, expresses our love and passion for both pretzel and coffee. In the middle, there is a Chinese character of a “人” (pronounce as “ren”, which means human) expresses our love for human race. The color orange radiates warmth and happiness, combining the physical energy and stimulation of red with the cheerfulness of yellow, expresses our LOVE LIFE attitude.

Kesimpulannya, kesemua makanan yang kami nikmati di Pretz n' Beanz memang sedap-sedap belaka. Kami habiskan semuanya sampai licin!

Green Curry Chicken Stew, Champignon Baked Egg, dan Chicken Hawaiian Pretzel Pizza.

Image via Farouq Johari/SAYS

Rugilah kalau tak habiskan. Tapi yang penting, kami amat mengesyorkan kafe ini sebagai destinasi makan anda selepas ini. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan kualiti dan kesedapan dalam setiap hidangan.

Kepada siapa-siapa yang tinggal berdekatan, atau yang selalu buat cafe hopping, kafe ini memang wajib untuk anda singgah.

Dan jika ada yang tertanya-tanya, segala hidangan di Pretz n' Beanz dijamin Halal ;)

Image via giphy.com

Untuk makluman, Pretz n' Beanz juga telah membuka cawangan kedua mereka di IPC Shopping Centre (atau Ikano Power Centre) di Mutiara Damansara

Maklumat lanjut mengenai kafe Pretz n' Beanz:

1. Solaris Mont Kiara

No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4,
50480 Kuala Lumpur.

Tel: +603-6204 9733
Email: [email protected]

2. IPC Shopping Centre

G23, Ground Floor, IPC Shopping Centre,
No.2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: +603-7732 0175
Email: [email protected]

Operating Hours:
Ahad-Khamis: 7.30am – 12am
Jumaat, Sabtu dan cuti umum : 7.30am – 1am

Layari Facebook, Instagram, Blogspot dan laman web kafe Pretz n' Beanz di pretznbeanz.com untuk dapatkan segala update terkini.

Ada banyak lagi kafe dan makanan menarik dalam segmen saysmakan yang boleh buat anda rambang mata!

Jangan lupa untuk dapatkan diskaun lebih 50% dalam Food & Grocery di iprice.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: