seismik

10 Restoran Udang Galah Dan Ketam 'Power' Yang Wajib Anda Pekena. Memang Terangkat!

Ini kalau tak kenyang juga tak tahulah nak cakap apa lagi.

Cover image via SAYS

1. Mee Ketam KL

Khas buat penggemar ketam dan udang galah. Rasai dan nikmati sendiri keenakkan makanan yang disajikan di Mee Ketam Kuala Lumpur. Beroperasi sejak Julai 2010 di Seksyen 7, Shah Alam (belakang UNiSEL).

Status: Halal

Alamat: Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B, 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Telefon: +6011-3796 4239
Layari Facebook dan laman web Mee Ketam KL.

2. Mee Kari Udang Galah

Tarikan utama Restoran Mee Kari Udang Galah ini ialah hidangan Mee Kari Udang Galah yang mempunyai saiz dari sederhana hingga XL. Sesiapa yang mencuba ternyata puas hati dengan kualiti masakan yang sangat sedap.

Status: Halal

Alamat: No 18 Jalan Dwitasek (Dataran Dwitasek), 56000 Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Telefon: +603-9174 1956
Layari Facebook Restoran Mee Kari Udang Galah.

3. Bangi Station

Restoran Bangi Station bukan terletak di Bangi tetapi di kawasan Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Bukan saja menyajikan menu istimewa udang galah, ketam, dan belut, restoran ini turut menyediakan hidangan masakan Thai.

Status: Halal

Alamat: Jalan Gurney Kiri, Jalan Sultan Yahya Petra, 54000 Kuala Lumpur.
Telefon: +6013-947 1188
Layari Facebook Bangi Station.

4. Chilli's Crab Seafood

Dengar nama 'Maggi Ketam' pun memang dah tahu makanan itu sangat rare dan susah nak jumpa di tempat lain. Walaupun makanan di sini bertemakan chinese cuisine, restoran ini adalah 100% milik bumiputera.

Status: Halal

Alamat: 26-1 jalan pju 5/9, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: +603-6141 6033
Layari Facebook Chilli's CRAB Restaurant.

5. Maggie Ketam Power

Restoran ini ada keunikan tersendiri. Ia menyajikan pelbagai menu yang super power berasaskan Maggi seperti Maggi Ketam, Maggi Udang Galah, Maggi Urat Keting, dan macam-macam lagi.

Status: Halal

Alamat: Lot 234, Jalan Jurutera, Kg Sri Aman Luar, Batu 13 Puchong, 47150 Puchong, Selangor.
Telefon: +6019-304 9972
Layari Facebook Restoran Maggie Ketam Power.

6. Tudia Char Koey Teow

Inilah lokasi warung paling santai buat semua penggemar char koey teow. Sajian sepinggan Char Kuey Teow Special dengan hidangan Ketam dan Udang yang sangat Wow!

Status: Halal

Alamat: Depan Stesen Petron Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor.
Telefon: +6019-7796475
Layari Facebook Tudia Char Koey Teow.

7. Kayu Manis Seafood

Kayu Manis Seafood menyajikan masakan Cina Muslim yang menampilkan makanan laut hidup dalam akuarium air masin. Menu istimewa ialah Ketam Cili yang biasanya dimakan dengan roti mantou.

Status: Halal

Alamat: 31 Jalan Pelapik B U8/B, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
No. 5 Cottage Walk, Off Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Telefon: +6019-338 4585
Layari Facebook dan laman web Kayu Manis Seafood.

8. Bisik Bisik

Restoran Bisik Bisik sudah bertapak di Seksyen 7, Shah Alam sejak 2010. Keutamaan restoran ini adalah menyediakan masakan dan makanan daripada Johor terutama Mi Bandong, Mi Rebus, dan Laksa Johor. Luaskan Seleramu!

Status: Halal

Alamat: Jalan Zirkon B, 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Telefon: +6011-1364 4485
Layari Facebook dan laman web Restoran Bisik Bisik Shah Alam.

9. Rambo Station

Pelbagai jenis menu ditawarkan di kedai ini seperti masak lemak, western food, satay, dan lain-lain. Tapi yang paling istimewa semestinya Udang Galah Sepit Biru yang perlu dipesan sejam lebih awal.

Status: Halal

Alamat: 1-53A Jalan 8/35 Seksyen 8, 43650 Bangi, Selangor.
Telefon: +6013-3371 8481
Layari Facebook Restoran Rambo Station.

10. Pak Ya

Salah satu lagi restoran dengan tema makanan chinese Muslim dengan hidangan ketam dan udang istimewa. Hidangan makanan Restoran Pak Ya memang memuaskan dan harganya juga agak berpatutan.

Status: Halal

Alamat: Jalan Sulaiman 3, Taman Dagang Ampang, 68000 Ampang, Selangor.
Telefon: +6012-224 8660

Image via www.lipstiq.com

Ada mana-mana peminat hipster cafe?

Bagi yang menggemari masakan kampung atau western food, boleh rujuk DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: