seismik

Lelaki Ini Cederakan Isteri Pertama Kerana Bengang Terus Diganggu Pada Malam Bukan Giliran

Tak pasal-pasal kena penjara.

Cover image via Astro Awani

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan di Kelantan kerana memukul isteri pertamanya akibat tidak tahan dengan leteren si isteri, semalam

Tertuduh yang juga merupakan seorang tukang gunting dikatakan bengang dan mencederakan isterinya pada bahagian muka dan kepala selepas ditelefon berkali-kali oleh isteri pertamanya itu yang memintanya menghantar motosikal.

Hukuman dijatuhkan Majistret Mohd Azrul Hasyim Mohammad selepas tertuduh, Harun Talib, 55, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Image via Astro Awani

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada jam 11.15 malam 28 Oktober lepas di sebuah rumah di Kota Bharu dikatakan hilang sabar dan bertindak mengasari isteri pertamanya dengan sengaja sehingga menyebabkan kecederaan di bibir mangsa

Insiden itu berlaku disebabkan tertuduh hilang sabar dengan isteri pertamanya yang menelefon berkali-kali dan meminta supaya dihantar motosikal kerana pada malam kejadian merupakan bukan gilirannya bermalam di rumah mangsa.

Tertuduh kemudiannya pulang ke rumah dan bertindak memukul mangsa berkali-kali di bahagian kepala dan muka hingga cedera.

Tertuduh disabitkan kesalahan dan dihukum di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 326 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM2,000

Sumber: Astro Awani

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: