seismik

Pusat Beli-Belah 1 Utama & Kelab Golf Tropicana Kini Diarah Tutup Mulai 11 Oktober

Susulan penularan dan kenaikan kes positif Covid-19 di dua kawasan itu.

Cover image via Time Out & Tropicana Golf

Pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama dan sebuah kelab golf, Tropicana Golf Club & Country Resort, Tropicana di Petaling Jaya akan ditutup pada 11 Oktober

Perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling hari ini, susulan penularan dan kenaikan kes positif Covid-19 di dua kawasan tersebut.

Menurut laporan, Pengerusi Johary Anuar berkata, di One Utama terdapat 4 kes positif yang dilaporkan, melibatkan 3 pekerja dan seorang pengunjungnya. Manakala, di Tropicana Golf Club & Country Resort, 5 kakitangannya disahkan positif.

Jawatankuasa memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi 2 tempat itu, untuk tampil membuat saringan Covid-19.

Berikut di bawah adalah dua tempat yang terdapat kes positif Covid-19:

  1. Bahagian kosmetik dan wangian, Aras G, Parkson Elite di antara 30 September hingga 7 Oktober
  2. Mac City Service Center, Aras 2 di antara 25 September hingga 30 September

Image via Google Maps

Penutupan dua tempat berkenaan adalah untuk tujuan saringan bagi semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di One Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh berkenaan. 

"Bagi mereka yang bergejala sebelum tarikh saringan, diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismkik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: