Raja Bomoh Sedunia Halau Puaka Teluk Intan Untuk Kemenangan BN
Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP datang lagi! Kali ini, beliau berkhidmat untuk menghalau puaka bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil di Teluk Intan.
Setelah Mencetus Kontroversi Melalui Upacara Ritual Dalam Mencari Pesawat MH370, Raja Bomoh Kini Tampil Sekali Lagi Untuk 'Merestui' Calon BN Di Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong
Kemunculan Raja Bomoh di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan menarik perhatian ramai pihak.
Image via blogspot.comBomoh sensasi, Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia dilihat hadir pada majlis pengenalan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di sini, Sabtu.

Kemunculan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan untuk “merestui” calon BN Datuk Mah Siew Keong menarik perhatian ramai pihak.

Raja Bomoh Turut Mengaku Melalui Laman Twitter Bahawa Kedatangan Beliau Adalah Untuk Menghalau Puaka Yang Boleh Menyebabkan BN Kalah
Seperti Biasa, Beliau Tampil Dengan Berpakaian Segak Dengan Mengenakan Tali Leher Dan Songkok. Beliau Mendakwa Mampu Memastikan Kemenangan BN Di Teluk Intan
Hadir berpakaian kot dan bersongkok, Ibrahim dilihat memerhati perjalanan majlis dari jarak jauh.

Hadir berpakaian kot dan bersongkok, Ibrahim dilihat memerhati perjalanan majlis dari jarak jauh.
Image via mkini.net"Saya boleh buat sesuatu untuk pastikan Mah menang...jika diperlukan. Saya fikir beliau ada peluang untuk menang."

"Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," kata Ibrahim sambil memberitahu bahawa beliau sememangnya tidak menerima undangan daripada sesiapa ke majlis berkenaan.
Penyelaras Ketua Gerakan Teluk Intan, Choo Weng Kee Menegaskan Raja Bomoh Tidak Sama Sekali Dijemput Oleh BN Ke Majlis Tersebut
"Kami tidak nampak beliau tak tak tahu kehadirannya di sini," kata Choo Weng Kee.

Walaupun pemangku Ketua Gerakan Bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee mengakui pihaknya tidak menjemput Ibrahim, namun foto Raja Bomoh berpelukan mesra dengan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang telah tersebar secara meluas di laman sosial.

Tan Keng Liang bersama Ibrahim Mat Zin di majlis pengenalan calon BN di Teluk Intan.
Image via imgur.comTan kemudiannya membalas komen terhadap gambar berkenaan dengan berkata: "Tak perlu orang DAP cuba main isu saya ambil gambar dgn Bomoh Melayu. Sesiapa pun boleh ambil gambar dengan saya tak kira kaum, agama dan pekerjaan."
