seismik

Hanya Kerana Satu Twit Pasal Air Cincau, Mat Salleh Ini Habis Dihentam Rakyat Malaysia

Cincau penyebab huru-hara ini.

Cover image via Twitter @Drift0r

Kecoh di Twitter baru-baru ini, apabila seorang pelancong luar negara memuat naik sekeping gambar air minuman cincau di laman tersebut berserta caption "Never drink this. It is the worst drink on the planet"


Twit tersebut telah dibuat oleh @Drift0r, seorang YouTuber yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat.

Beliau yang hanya memberi pandangan terhadap minuman tersebut tidak menyangka twitnya itu mendapat respon begitu banyak dari rakyat Malaysia.

Image via Drift0r/Twitter

Kebanyakan rakyat Malaysia yang membaca twit tersebut berasa bengang dan marah terhadap Mat Salleh tersebut. Bagaimanapun, Drift0r masih keliru kerana baginya ia adalah sekadar air minuman semata-mata.

Malah, apa yang membuatkan lebih ramai rakyat Malaysia marah dengan beliau adalah kerana statement beliau:

"Saya lebih rela membesar dalam kelaparan"

Dalam pada itu, terdapat beberapa rakyat Malaysia yang mencadangkan beliau untuk mencampurkan minuman tersebut dengan air soya ataupun mencuba ABC

Katanya air itu akan berasa lebih sedap jika diminum sebegitu.

Berdasarkan isu ini, nampaknya air cincau adalah antara minuman yang sangat penting kepada rakyat Malaysia. Adakah anda juga berasa sebgeitu?

Image via femaledaily.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal minuman, anda dah try buat air minuman ini?