seismik

Wahai Rakyat Malaysia, Susah Sangat Ke Nak Kemas Dan Bersihkan Meja Selepas Makan?

Sama-samalah kita ubah mentaliti kepada minda kelas pertama.

Cover image via SAYS via Birmingham Mail

"Dah tahun 2017 pun rakyat Malaysia masih tak reti kemas meja sendiri selepas makan."

Barangkali anda semua sudah pernah terbaca kenyataan di atas di mana-mana keratan akhbar atau pun di media sosial baru-baru ini.

Harus diakui, kenyataan ini memang tepat. Realiti pahit yang sudah sebati dalam jiwa 90% rakyat Malaysia masa kini amat sedih untuk dilihat. Sampah merata-rata dan seperti tiada siapa pernah peduli untuk membersihkannya, terutamanya di premis makanan.

Image via ciarciar.com

Masing-masing hanya tahu makan dan tidak pula mahu membersihkan meja yang telah digunakan. Yang penting perut kenyang, hati senang. Dalam benak fikiran, mungkin ramai yang berpendapat seperti ini:

"Tak apa, ada orang yang akan tolong bersihkan nanti. Tak bolehlah nak biar makcik-makcik cleaner kerja makan gaji buta."

Image via imgflip.com

Rosak akal, rosak jugalah jiwa. Sedihnya, perkara sebegini sudah dianggap normal. Lebih menyedihkan, mana-mana individu yang bertindak membersihkan meja pula dipandang sinis dan kadang-kadang ditertawakan.

Mana hilangnya nilai sivik dan sifat perikemanusiaan? Kenapa rakyat Malaysia susah sangat nak buang makanan dan kemas meja selepas makan?

Kalau beginilah perangai majoriti, macam mana agaknya negara kita nak maju, keterhadapan, dan mempunyai rakyat dengan mentaliti kelas pertama?

Nak jadikan cerita, isu bersihkan meja selepas makan ini telah dibangkitkan di media sosial oleh 3 individu berbeza dalam masa 3 hari, salah seorangnya merupakan chef nombor 1 Malaysia, Chef Wan

Dimuat naik pada 30 Januari 2017 di Instagram, Chef Wan meluahkan rasa kesal dengan perangai majoriti rakyat Malaysia yang tidak peka dengan peraturan membersihkan meja di restoran makanan segera.

Berdasarkan pemerhatian beliau, baik yang belum berkahwin sehinggalah ke golongan ibu bapa yang membawa anak-anak, semuanya dilihat mempunyai gaya pemikiran yang sama, iaitu membiarkan sahaja tray, pinggan, dan bekas makanan di atas meja.

Baca luahan penuh Chef Wan di bawah:

Chef Wan.

Image via Alex Pettiford

"I am to my movie "Arrival" at 7.50pm. I saw "Split" yesterday afternoon memang kena split pun kepala otak nak follow this movie! Earlier i had KFC for dinner. Seating across me is Malay young couple by the look of it tengah dating lah agaknya.

"What i don't understand is i see many people after having their meal would just walked away and leave their thrash for others to clean if they need a seat. To my left 3 Indian ladies with their mother pun does the same thing. Dah lah the restaurant is so busy. Apalah salah kita menggunakan sedikit sifat timbang rasa untuk saling membantu sesama manusia yang lain. Ini tidak mereka lebih mementingkan diri mereka.

"A table service type of restaurant is different compared to a fast food chain. They have less staff to do all this table services so that they can reduced their operation cost for table service. Just in case ada yang ramai di luar itu tidak boleh berfikir atau membezakannya. So it's a common courtesy as Malaysian we should clean up our own "sh
t" at the table.*

"Mak bapak jika perlu please ajar anak-anak tu also take their own tray and empty them at the bin. Ini tidak setengah Mak bapak pun perangai sama sahaja!

"I find these days people seem to lack manners, insensitive to others and have this sikap selfishness di dalam diri masing-masing. I find this degrading behaviour annoying and also kurang ajar! Masing-masing cuma tahu nak senangkan diri saja tanpa memikirkan hal orang lain.

"The next time anyone of you who behave this manner please think what if others do that to you and leave your next table full of garbage and you have to clear it yourself or your family. Apa rasanya?

"In life it's a very simple principle. If you don't want others to do that to you then you don't do that to others! Susah sangat ke nak faham adab sopan santun kita ni? Please learned to cultivate a sense of responsibility and a bit civic minded. Macam juga ke tandas awam, bersihkanlah untuk pengguna yang lain. Ini tidak! Di taman-taman pun suka tinggalkan sampah sarap.

"Bila kita bersuara lantang memang orang yang termakan lada ini akan berdesing telinga mereka, mulalah kita dikutuk balik padahal ini perkara yg benar."

Status kedua pula ditulis oleh saudara FarisJamalludin FJ di Facebook, juga pada tarikh 30 Januari 2017

Menurut Faris, dahulu beliau juga tidak mempunyai kesedaran sivik sebegini. Beliau akan makan, dan tinggalkan sahaja bekas dan sisa makanan di atas meja.

Tetapi segalanya berubah setelah beliau berkelana ke bumi Eropah beberapa tahun lepas. Faris cukup kagum melihat tabiat dan mentaliti orang di sana, yang sememangnya berbeza sekali dengan orang Malaysia. Sejak daripada itu, beliau bertekad untuk berubah dan mula mengemas meja selepas makan di kedai-kedai.

Dan sikap itu terus sebati dalam dirinya sehingga sekarang. Ini perkongsian beliau:

"Pandangan macam ni, lumrah.

"Meja sambung 4 5 buah. Makan ramai-ramai lepas tu bila habis berterabur macam baru lepas kena langgar Garuda. Macam tongkang pecah. Macam kandang babi kalau nak perumpamaan paling kasarlah.

"Dulu saya macam ni jugak. Lepas makan tinggal.

"Dulu. Masa zaman sebelum belayar.

"Bila belayar kita tengok tempat orang,tengok budaya dan tabiat mereka.

"Pernah makan dekat McD di Buersplein, Rotterdam circa 2009/2010. Masa tu saya perasan, orang sana lepas makan mereka kemas meja, angkat talam dan letakkan ditempat susun yang sekali dengan tong sampah. Ok.

"Bila berjalan sekitar Buersplein, Coolsingel, Karel Doormanstraat dan Lijnbaan pun senario sama. Kedai sebegini. Lepas makan, lap meja dengan tisu, angkat talam dan susun balik kerusi. Pelanggan tu. Bukan pekerja. Makanya mereka datang elok pergi pun elok. Depa ingat orang belakang senang cerita.

"Saya fikir ini satu amalan yang baik untuk diikuti.

"Maka balik Malaysia saya amalkan tabiat lepas makan,kemas meja,kumpul sampah dan tempatkan di tong sampah dan talam diletakkan ditempatnya.

Image via Kalami Cebu!

"Masa tu dekat KL Sentral. Ramai pandang. Macam satu benda pelik. Mau tak pelik sendiri angkat talam McD lepas makan. Tak dibuat orang. Aneh bah. Buat tak tahu je. Banyak kali orang macam buat muka terberenyut muncung. Midvalley orang pandang. Dekat Times Square orang pandang. IKEA pun sama. Macam benda tu satu tingkah laku yang amat pelik. Pelik sesangat agaknya.

"Gila pergi stabak Tel aviv pun ada perangai sepahkan meja. Stabak tu bhai. Kedai kopi sebekas sampai 13 14 ringgit tapi minum makan macam dubuk dan babi hutan.

"Dan tabiat ni saya amalkan sampai sekarang. Hatta dekat medan selera kompleks beli belah pun biar ada Bangladeshi tukang angkut pingga. Kadangkala bila kita nak makan tengok meja ditinggalkan macam dalam gambar, kita pun tolong kemaskan, bengang jugak tapi layankan ajelah... Syukur ada jugak orang lain macam saya ikut tabiat sedemikian. Dah makan kemas meja.

Image via DailyMail

"Kenapa saya buat macam tu?

"Sebab pertama saya lihat kelakuan orang Belanda dengan tabiat sedemikian masa zaman foreign going dulu sangat baik untuk diikuti. Benda elok kita ambik. Ambik yang jernih.

"Keduanya dulu tahun 2011 ke 2012 pernah ada kes pekerja franchais makanan segera dimaki pelanggan tak tentu pasal siap ada video (ade ke, rasa macam ada kot). Kecoh satu Malaysia. Bertempur segala rakyat jelata di media sosial waktu tu. Ramai yang kata patut pun pekerja tu kena maki. Gaji dia pelanggan yang bayar. Saya macam wow. Jadi duit kau bayar tu kira lesen untuk maki dan hina pekerjaan orang lain. Hebat permainannya. Ada siap kata cukai perkhidmatan tu kira untuk mereka kemas tempat makan yang pelanggan tinggalkan. Nampak sikap tu sikap apa. Sikap terkeji tu.

"Saya ambil keputusan, untuk pekerja-pekerja ini saya akan bantu mereka. Bukan dengan wang ringgit tapi dengan meneruskan tabiat kemas tempat kita usai makan tanda solidariti kepada petugas franchais makanan segera ni. Biarlah orang kata buang tabiat.

"Ya memang keuntungan kedai kedai ni akan bayar gaji mereka tapi itu bukan lesen untuk kita maki mereka atau tinggalkan tempat kita makan macam sarang babi hutan. Kat rumah pun kita makan angkat pinggan kemas meja sendiri kan. Kenapa tak dekat luar.

"Tak salah pun buat. Lagi molek. Melambangkan kita ni masyarakat ada pekerti mulia. Tanda kita tak lokek dan ada kesedaran sivik. Ya memang kerja mereka tapi janganlah sampai tinggal segala bala macam babi lepas makan.

"Ni penanda aras mentaliti mayarakat. Kita dambakan fasilitas kelas dunia, kelas pertama serba serbi tapi hakikatnya tabiat dan kelakuan kita takdak kelas. No class et al. Jadi berubahlah.

"Dah makan tu kemas la meja tu. Paling best bila adik-adik, achi dan uncle yang kerja sana ucap terima kasih kat kita. Sekelumit pekerti kita tu dibalas juga dengan kebaikan.

"Paling malas pun kurang-kurang susun atur elok. Agar mudah nanti dikemas."

Isu yang sama turut diutarakan oleh saudara Harith Faisal dua hari lalu di FB. Status tersebut telah mendapat lebih daripada 1,200 shares ketika artikel ini ditulis. Baca di bawah:

"Sejak awal-awal kahwin dulu, ada satu amalan pelik yang isteri saya ni selalu buat. Bila lepas habis makan kat kedai je, mesti dia kemaskan pinggan cawan semua. Saya kata kat dia,

'Ala Nor, biar je lah pinggan cawan tu semua kat situ. Kejap lagi dorang (waiter) datang kemas. Dah memang kerja dorang, kan. Tak yahlah rajin sangat. Takda kerja pulak dorang tu nanti.'

"Dia pun balas balik,

'Takpa bang. Bukan susah pun. Kita mudahkan kerja orang lain. Dorang pun seronok bila nampak meja kemas tak bersepah. Mana tau kot dorang doakan yang baik-baik kat kita nanti.'

"Banyak kali juga saya cakap perkara yang sama kat isteri saya setiap kali dia cuba "tunjuk baik" kemas pinggan cawan kat kedai makan. Tapi dia buat dek je. Saya pun taklah menghalang.

Image via Harith Faisal

"Hari ni saya cuti Wilayah, tapi isteri saya kerja macam biasa sebab dia kerja kat Selangor. Saya setelkan semua urusan saya dan lunch sorang sementara tunggu dia habis kerja.

"Sekarang saya dah terikut-ikut amalan isteri saya pula. Lepas habis makan tadi, saya mula mengemas pinggan cawan. Kemudian, ambil gambar untuk upload kat Fesbuk dan buat posting ni.

"Haha!

"Benda bermanfaat, sajalah saya kongsikan kat sini. Korang cubalah buat selalu. Walau nampak macam hal kecil, tapi kita dah mudahkan kerja orang lain. Dan kita tak rugi apa-apa pun, kan.

"Sama juga situasi macam dengan mak cik cleaner. Kita tahu memang kerja dia sapu dan kutip sampah semua. Tapi takkanlah kita sanggup nak buang sampah merata-rata, kan.

"Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat daripada saya. Siapa yang biasa kemas pinggan cawan kat kedai makan, korang memang hensem, cun dan bertimbang rasa. Teruskan!"

Dah masuk tahun 2017 dah ni. Apa kata kita semua upgrade dan ubah sikap kita kepada yang lebih terpuji. Mudah-mudahan, kita semua dikurniakan rezeki yang baik atas usaha murni yang kita lakukan. :)

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau kita sama-sama jaga kebersihan, situasi ini mungkin tak akan berlaku lagi pada masa akan datang:

You may be interested in: