seismik

Zaman Sekarang Ni Nak Mohon Cerai 'Online' Pun Boleh. Hanya Di Perak Yob!

Negeri lain tak boleh.

Cover image via SAYS

Kini, penduduk Perak boleh memohon cerai talak di hujung jari dan hanya duduk di depan komputer sahaja

Ya, benar. Perak menjadi negeri pertama memperkenal sistem permohonan cerai online melalui 'MySolve'.

Tetapi, bukanlah semudah itu untuk memfailkan permohonan cerai. Untuk melakukannya, kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri perlu mendapat persetujuan bersama terlebih dahulu.

Laman web MySolve.

Image via mysolve.perak.my

Melihat pada respon orang ramai, nampaknya majoriti berpendapat kewujudan aplikasi ini bakal menggalakkan lagi perceraian. Bila semuanya di hujung jari, cerai pun akan jadi terlalu mudah.

Akan tetapi, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria.

Image via http://www.ismaweb.net/2016/04/perak-terbuka-terima-kunjungan-dr-zakir/

Menurutnya, aplikasi 'MySolve' diwujudkan bukan untuk menggalakkan perceraian, sebaliknya lebih kepada pemudah cara bagi pasangan suami isteri menyelesaikan masalah rumah tangga yang timbul.

Beliau berkata, aplikasi ini memudahkan pasangan dengan cara mereka tidak perlu berulang kali datang ke Mahkamah Syariah. Semua maklumat yang didaftar akan disimpan rapi di dalam sistem selepas permohonan mereka dibuat.

Untuk makluman, aplikasi ini dibangunkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

Prosedur permohonan cerai selalunya memakan masa sehingga 2 bulan untuk selesai. Menerusi 'MySolve', proses berkenaan dapat dipercepat dan diselesaikan dalam masa seminggu sahaja!

Gambar sekadar hiasan.

Image via blogspot.com

Sejak dibangunkan bermula Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, seramai 34 pasangan telah menggunakan aplikasi ini. Terdapat juga satu permohonan cerai yang dapat diselesaikan dalam masa sehari sahaja.

"Sehingga kini 34 pasangan telah menggunakan 'MySolve'. Aplikasi ini dapat menjimatkan kos, tenaga, serta masa ketika berurusan dengan Mahkamah Syariah.

"Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan di kaunter mahkamah. Penyusunan penjadualan kes menjadi lebih teratur, malah pasangan turut mendapat tarikh sebutan perbicaraan yang sesuai," ujar Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa'ari Mohd Yazid.

Harus diingat, 'MySolve' bukanlah satu platform untuk melafazkan cerai. Ia merupakan tempat bagi pasangan mendaftar atau memohon perceraian. Harap tiada pihak yang salah faham.

Syarat-syarat Permohonan Pendaftaran Perceraian:

1. Pemohon/plaintif mestilah bermastautin di daerah yang berhampiran di Mahkamah Syariah
2. Lengkapkan saman/permohonan seksyen 47 (4 salinan) beserta Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Nikah/Sijil Rujuk
3. Bagi Kes Pengesahan lafaz cerai pula borang seksyen 57 diperlukan
4. Jika alamat dalam Kad Pengenalan bukan berasal dari daerah berhampiran mahkamah, pengesahan pelu dilakukan dan mesti lampirkan bersama pengesahan pemastautin di mukim berkenaan, daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, Penghulu Mukim @ pengesahan bekerja di daerah berkenaan daripada majikan
5. Bayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM 50.00
6. Plaintif dan Defenden MESTILAH sama-sama setuju bercerai cara baik
7. Berpakaian Kemas dan Menutup Aurat

perak.gov.my

Untuk talak menjadi sah, pasangan haruslah melafazkannya secara lisan. Selagi tak lafaz, selagi itulah tak jatuh talak. LIHAT VIDEO:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca bagaimana seorang 'mak nyah' jutawan ini boleh insaf dan kembali ke pangkal jalan DI SINI:

You may be interested in: