seismik

Ramai Tanya Maksud Sebenar Dialog Dalam KL Gangster, Gadis Cina Ini Tampil Terjemahkan

Oh, baru faham.

Cover image via @lowsokying (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya

Kita ada Melayu, Cina dan India. Itulah yang membuatkan Malaysia unik kerana kita boleh pelajari bahasa dan budaya mereka.

Malah, dalam kebanyakan filem di Malaysia tidak asing lagi untuk menggunakan bahasa-bahasa tersebut seperti Cina dan India. Contohnya seperti filem KL Gangster yang mendapat sambutan hangat suatu ketika dulu.

Walaupun filem sudah ditayangkan 11 tahun lalu, namun sehingga kini ramai yang cukup kenal dengan jalan cerita dan dialog yang digunakan oleh para pelakon.

Baru-baru ini, tular video seorang gadis berbangsa Cina menterjemahkan kembali ayat yang digunakan dalam filem tersebut telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@lowsokying Replying to @kechikelmo Lei sao dou mou? #klgangster original sound - Low Sok Ying

Terjemah bahasa Cina yang digunakan oleh pelakon

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis Cina yang dikenali sebagai Low Sok Ying membalas komen daripada salah seorang pengikutnya.

Individu itu meminta agar dia menerangkan apakah maksud ayat yang digunakan dalam filem KL Gangster tersebut.

Dia kemudian menerangkan terjemahan bahasa yang digunakan oleh para pelakon. Ternyata setiap ayat mempunyai maksud yang tersendiri. 

"Amoi boleh berlakon KL Gangster lepas ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara penyampaiannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3M views, 288.9K likes dan 3,540 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagus dia terjemahkan terus maksudnya, barulah faham :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: