seismik

[VIDEO] Tak Malu Terjumpa Orang Pakai Baju Sama, Pemuda Ini Sporting Siap Ambil Gambar

Santai je dia.

Cover image via @afiq.zainall (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda terserempak dengan orang yang memakai baju sama?

Tentu ada rasa malu bukan bila ternampaknya, sampai ada yang menyorok tak nak bagi terserempak. Iyalah, baju yang kita beli sudah pasti ada dipakai oleh orang lain juga.

Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang pemuda begitu sporting selepas terserempak dengan lelaki yang juga memakai baju sama telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Siap minta ambil gambar bersama lagi

Menerusi video tersebut, difahamkan pemuda itu baru saja habis kelasnya di sebuah universiti bersama dengan seorang lagi rakan.

Namun, semasa dia hendak keluar, dia kemudian ternampak seorang lelaki yang memakai baju sama design dengannya.

Situasi itu membuatkan dia seperti teruja dan meminta lelaki tersebut untuk mengambil gambar bersamanya.

"Wey aku pun ada baju warna ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berkongsi bahawa mereka juga mempunyai baju itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 681.6K views, 61K likes dan 1,006 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rileks dia jumpa orang pakai baju sama tu, terus buat member :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: