Ramly Burger Kini Lebih Popular Sejak McD Diboikot
Pastikan Ramly...baru beli!
Nama Ramly Burger Kini Melonjak Naik Selepas Produk McD Diboikot Kerana Dikatakan Menyalurkan Keuntungan Mereka Kepada Pihak Zionis Israel
Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.
selangorku.comLaman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
selangorku.comTinjauan Pihak SAYS Menemui Beberapa Orang Yang Menggunakan Laman Sosial Seperti Facebook Bagi Mempromosi Produk Ramly Burger
Respon Yang Diterima Sangat Positif. Masing-Masing Mengimpikan Kedai Ramly Untuk Dibuka Dengan Meluas Lagi Di Sekitar Malaysia. Ada Juga Yang Mencadangkan Agar Kedai Ramly Dibuka Di Setiap Stesen Minyak Petronas.
Isu Boikot Yang Semakin Hangat Di Negara Ini Memberi Tempias Kepada Jenama Ramly Untuk Mengambil Peluang Maju Ke Hadapan Dengan Menarik Lebih Ramai Pelanggan
Rupa-Rupanya, Ramly Halal Mart Boleh Ditemui Di 8 Cawangan Berlainan Di Sekitar Lembah Klang
Harga Hidangan Yang Ditawarkan Sangat Berpatutan Dengan Pelbagai Pilihan Makanan, Selain Ditawarkan Dalam Set Lengkap Beserta Fries Dan Minuman
Menu 'Western' Lain Seperti Chicken Chop, Fish & Chips Dan Lamb Chop Turut Dijual Di Premis Ramly
Selain Itu, Netizen Turut Mengongsikan Poster Jawatan Kosong Ramly Yang Menawarkan Pelbagai Faedah Kepada Pekerja. Mungkinkah Ini Langkah Bagi Memberitahu Pekerja McD Sudah Tiba Masanya Untuk Mereka Berhenti?
Dalam iklan itu, pihak pengurusan Ramly menawarkan pelbagai faedah menarik seperti elaun lebih masa, perlindungan insurans, rawatan perubatan dan peluang membuat pinjaman peribadi.
mynewshub.myJom Ambil Tahu Serba Sedikit Mengenai Sejarah Ramly Burger. Jenama Ramly Diasaskan Pada Tahun 1984 Dan Dimiliki Oleh Dato' Haji Ramly Dan Datin Hajjah Shala Siah.
RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.
ramly.com.myDiasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.
ramly.com.my