seismik

Ranking Dunia Lima Universiti Di Malaysia Meningkat Tapi Masih Belum Cukup Bagus

Sektor pendidikan negara semakin menunjukkan peningkatan serta daya saing yang kuat di persada antarabangsa. Tapi adakah sudah cukup?

Cover image via ctlatinonews.com

UM, UKM, UTM, USM Dan UPM Adalah Lima Universiti Malaysia Yang Menunjukkan Peningkatan Prestasi Pada Tahun 2014 Apabila Berjaya Memasuki Kelompok 400 Universiti Terbaik Dunia

Universiti terkemuka negara, Universiti Malaya (UM) berada di tangga ke-151, diikuti dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tangga ke-259.

themalaysianinsider.com

Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Image via utm.my

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terletak di Johor berada di tangga ke-294, naik 60 kedudukan berbanding tahun 2013.

yahoo.com

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di tangga 309 dan 376 masing-masing.

informasi.my

Kelima-Lima Universiti Tersebut Berjaya Melonjak Beberapa Anak Tangga Berbanding Tahun 2013

Kelima-lima institut meningkat kedudukan mereka berbanding tahun 2013.

themalaysianinsider.com

Dalam tinjauan tahun 2013, UM berada di tangga ke-167 manakala UKM di 269. UTM dan USM kedua-duanya di tangga ke-355 dan UPM berada di dalam kedudukan 411-420.

informasi.my

Dalam Pada Itu, UiTM Menunjukkan Peningkatan Paling Tinggi Manakala Pencapaian UIA Pula Tidak Mencatatkan Apa-Apa Perubahan Seperti Tahun Sudah

Dalam satu kenyataan hari ini tentang tinjauan QS World University Rankings, QS Quacquarelli Symonds berkata, kecuali UIA, semua universiti lain daripada Malaysia bertambah baik dan kekal stabil.

themalaysianinsider.com

Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang meningkat paling banyak apabila ia berubah dari tahap 701+ ke kumpulan 651-700.

yahoo.com

Bagaimanapun Universiti Islam Antarabangsa (UIA) masih tersekat di kumpulan 501-550 seperti tahun 2013.

informasi.my

Namun Begitu, Di Sebalik Lonjakkan Prestasi, Kesemua Universiti Di Malaysia Masih Lagi Berada Jauh Di Belakang Antara Institut Terbaik Di Rantau Asia Dan Australia

Universiti Kebangsaan Singapura berada di kedudukan terbaik dalam rantau Asia di tangga ke-24.

Image via straitstimes.com

Bagaimanapun, universiti Malaysia masih lagi di bawah antara institut terbaik serantau seperti Universiti Kebangsaan Singapura (ke-24), Universiti Hong Kong (ke-26), Universiti Kebangsaan Australia (ke-27), Universiti Tokyo (ke-32) dan Universiti Seoul (ke-35).

themalaysianinsider.com

Dalam QS World University Rankings yang meletakkan fokus kepada kajian saintifik dan teknologi yang berimpak besar sebagai kunci kemajuan kepimpinan, Massachusetts Institute of Technology (MIT) berada di tangga teratas sekali lagi untuk tahun ketiga.

yahoo.com

Tinjauan Ini Telah Dilakukan Oleh QS World University Rankings, Antara Liga Tahunan Universiti Yang Paling Diiktiraf Di Dunia. Antara Kriteria Yang Dinilai Termasuk Reputasi Akademik, Reputasi Majikan Dan Lain-Lain.

QS Ranking menilai sejumlah 863 institusi pengajian tinggi daripada 3,000 yang dipertimbangkan.

yahoo.com

Kriteria yang digunakan QS termasuklah reputasi akademik, reputasi majikan, kadar pelajar kepada fakulti, artikel setiap fakulti, petikan setiap artikel, pengantarabangsaan, dan program pertukaran pelajar.

themalaysianinsider.com

QS World University Rankings adalah antara liga tahunan universiti terbaik di dunia yang paling terkenal dan diiktiraf. Ia dikumpulkan oleh Unit Intelligence QS yang berkonsultasi dengan lembaga penasihat antarabangsa ahli akademik terkemuka.

informasi.my

Berikut Adalah Senarai 10 Universiti Terbaik Di Dunia Dalam Tinjauan Ini:

Massachusetts Institute of Technology, United States.

Image via telegraph.co.uk
1. Massachusetts Institute of Technology, United States
2. The University of Cambridge, United Kingdom
3. Imperial College London, England
4. Harvard University, United States
5. University of Oxford, United Kingdom
6. University College London, England
7. Stanford University, United States
8. California Institute of Technology, United States
9. Princeton University, United States
10. Yale University, United States

JUGA DI SAYS: Asia University Rankings 2014 Is Out, But Malaysia Is Nowhere To Be Found

You may be interested in: