Rasmi - PRU14 Akan Diadakan Pada Pada 9 Mei 2018
Pengumuman rasmi telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari ini, 10 April.
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada Rabu, 9 Mei 2018
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pengumuman hari ini, 10 April telah menetapkan tarikh 28 April 2018 (Sabtu) untuk penamaan calon dan 9 Mei 2018 (Rabu) untuk pengundian.
Mesyuarat khas diadakan awal hari ini oleh SPR bagi memutuskan tarikh penting untuk PRU14 berikutan pembubaran Parlimen pada 7 April, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehari sebelumnya.
Menurut SPR, terdapat hampir 15 juta pengundi berdaftar untuk pilihan raya kali ini
New Straits Times pada 6 April lalu melaporkan sejumlah 14,806,185 orang telah mendaftar sebagai pengundi dengan SPR pada suku ketiga 2017.
Pengundi ini akan dapat membuang kertas undi mereka untuk memilih wakil masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Dalam PRU14, sejumlah 222 kerusi Parlimen akan ditandingkan manakala sejumlah 505 kerusi negeri akan ditandingkan di seluruh negara kecuali Sarawak, kerana ia telah pun mengadakan pilihan raya negeri pada 2016.
Kerajaan dapat dibentuk dengan majoriti mudah 112 kerusi parlimen
Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan persekutuan dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi pada pilihan raya 2013 yang lalu.
Semasa PRU13, pakatan pembangkang memenangi sejumlah 89 kerusi - lebih daripada jumlah mereka pada 2008 apabila BN kehilangan majoriti dua pertiga buat kali pertama.
Sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya, ia akan menjadi perubahan pertama kerajaan dalam sejarah Malaysia.