Nak Undi Tapi Tak Tahu Cara? Ikuti Langkah Ini Untuk Anda Yang Pertama Kali Mengundi!
Undi jangan tak undi!
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita seharusnya menunaikan kewajipan kepada negara. Contohnya dengan mengundi parti pilihan.
Seperti yang kita tahu, segelintir belia di Malaysia tidak peka dan kurang mengambil perhatian mengenai Pilihanraya Umum (PRU). Jika belia terus bersikap pasif serta tidak cakna dengan politik semasa, negara kita akan kehilangan pemimpin berkaliber dalam proses pengurusan dan pentadbiran pada masa hadapan.
Mungkin ada belia yang baru pertama kali mengundi dan tidak tahu bagaimana caranya. Jangan risau, kami akan senaraikan langkah-langkah yang berguna untuk anda yang mungkin pertama kali mengundi.
Baca penuh di bawah:
1. Pastikan anda sudah daftar untuk mengundi
Pastikan nama dan nombor kad pengenalan anda sudah didaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Anda boleh semak sendiri di laman web SPR sama ada anda layak membuang undi ataupun tidak. Masukkan nombor kad pengenalan dan Aksara Captcha yang disediakan. Senang bukan?
2. Elakkan undi rosak ya! Ini tanda-tanda undi rosak. Take note ya!
Nak tahu apa yang dipanggil 'Undi Rosak' ini? Baca di bawah:
- Tak dicop atau ditanda dengan tanda rasmi ataupun tidak ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).
- Undi lebih daripada satu calon.
- Ada tulisan atau sesuatu tanda yang membolehkan pengundi tersebut dikenalpasti.
- Tidak bertanda atau tanda yang selain dari tempat dan cara yang sebenar
- Tidak menunjukkan tujuan pengundi dengan terang.
3. Tiba hari untuk mengundi, ikuti 3 langkah ini. Jangan lupa satu pun ya!
- Bawa kad pengenalan (MyKad) anda.
- Masa mengundi adalah dari 8 am - 5 pm. Pastikan anda tidak lambat.
- Pakai pakaian yang sopan dan tidak membawa apa-apa barang yang mempunyai gambar, nama parti mahupun logo jika ingin mengundi.
4. Ikuti 7 langkah ini untuk mengundi. Tak susah pun, cuma harus peka.
Untuk yang pertama kali mengundi dan tidak tahu bagaimana cara yang betul, boleh ikuti 7 langkah di bawah:
- Masuk ke dalam lokasi ketika dibenarkan oleh pegawai polis yang menjaga.
- Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan diri dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama dan tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
- Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua dan letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
- Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
- Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
- Keluar dengan kadar yang segera dari tempat mengundi.