seismik

Raya Nak Dekat Dah, Ini 6 Jenis Ketupat Yang Perlu Anda Bezakan!

Semua sedap and wajib rasa.

Cover image via Detik.com & Ketupat Palas Pelangi

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai tak sabar menantikan juadah yang terhidang atas meja pada pagi raya tak lama lagi

Iyalah setelah sebulan berpuasa, nafsu untuk nak makan semua jenis juadah dan kuih raya membuak-buak. Kebiasaannya, pagi raya memang akan ada juadah raya iaitu ketupat dan rendang. 

Namun tahukah anda, sebenarnya ketupat ada pelbagai jenis? Jom belajar pasal ketupat! 

1. Ketupat bawang

Image via Utusan

Ketupat jenis bawang ini dinamakan sedemikian kerana bentuk daun kelapanya yang sama dengan bentuk bawang. 

Penyediaan membuat ketupat ini sama saja iaitu mengisi beras ke dalam selepas itu direbus dalam periuk. Anyaman ketupat bawang juga perlu kemahiran kerana ia agak complicated, tapi kalau dah berlatih dua tiga kali confirm dah laju!

2. Ketupat palas

Image via Harian Metro

Ketupat palas berbentuk segi tiga. Kalau anda nak tau, ketupat palas ini ada jantina iaitu ketupat palas jantan dan ketupat palas bentina.

Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian akhir balutan. Ikatan dan balutannya juga kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas.

Ketupat palas diperbuat daripada beras pulut dan santan pekat dan bukan beras. Ketupat palas boleh direbus atau dikukus. Yang meriahnya, ketupat palas kini hadir dengan pelbagai perisa. Ada jagung, pulut hitam, serunding dan lain-lain.

3. Ketupat nasi

Image via Marchever

Ketupat nasi inilah yang orang selalu panggil nasi impit. Selalunya, ramai akan makan dengan soto, sate, kuah kacang dan lain-lain. 

Cara penyediaannya dikukus dalam periuk. Kalau nak senang, beli saja yang dah siap di pasaran. Rasanya, setiap rumah mesti ada ketupat nasi ini masa pagi raya kan? 



4. Ketupat borneo (Burasak)

Image via Butterkicap

Burasak terkenal dalam kalangan etnik Bugis di Sabah. Kebiasaannya, mereka akan hidangkan Burasak dengan Asam Pedas. 

Burasak merupakan nasi yang dikukus bersama santan dan dibalut dengan daun pisang nipah. Jarang didapati di Semenanjung Malaysia, tapi rasanya memang sedap!

5. Ketupat sotong Kelantan

Image via Motherhood

Yang ini memang rare, ketupat lain biasanya dibalut dengan daun kan? Ketupat ini dibalut dengan sotong. Rasanya lemak manis kerana kuah coklat hasil daripada penggunaan gula Melaka.

Mungkin akan ada rasa yang pelik, tapi apa-apa pun kena try dulu! 

6. Ketupat sotong Terengganu

Image via Moh Kite

Haa, apa pula beza ketupat sotong Kelantan dan Terengganu? Kedua-dua sama saja iaitu inti nasi bersalutkan sotong di luar.

Cumanya, ketupat sotong Terengganu biasanya berwarna putih kerana ia menggunakan gula biasa dan bukan gula Melaka.

Bonus: Selain ketupat, ada juga yang hidangkan lemang pada pagi raya tau!

7. Lemang

Image via googleapis.com

Lemang bukan dalam kategori ketupat, tetapi ia juga merupakan juadah pagi raya yang menjadi kegemaran ramai.

Lemang biasanya diperbuat daripada beras pulut dan santan. Uniknya, ia dibakar sehingga masak dalam buluh sebelum dilapikkan dalam daun pisang.

8. Lemang periuk kera

Image via Astro Awani

Lemang periuk kera sama saja dengan lemang biasa, cumanya beras diisi dalam tumbuhan periuk kera dan dikukus.

Memang sedap dimakan, namun baru-baru ini ramai telah menyarankan supaya makan lemang jenis lain. Hal itu disebabkan periuk kera ialah spesis terancam di muka bumi ini. 

9. Lontong

Image via Tokopedia

Lontong merupakan nasi yang ditanak dengan air lebih dalam daun pisang. Lontong ini berasal dari Pulau Jawa dan kini telah berkembang ke Malaysia. 

Biasanya, lontong akan dihidangan dengan kuah lodeh, sate atau gulai kambing. Lontong sama saja dengan ketupat cumanya lontong dibalut dengan daun pisang. 

Haa, dalam banyak-banyak ini, yang mana favourite korang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: