makan

10 Barang Hiasan Cantik & Unik Dari Kaison Yang Jadikan Meja Makan Anda Kelihatan Elegant

Hidangkan lauk anda dengan extra senyuman! :)

Cover image via @ellinachan (Instagram)

Nak buat dinner party? Tapi takda idea nak hias dining table supaya nampak cantik dan elegant...

Barang apa yang perlu beli and nak start dari mana? Hmm, pening lah...

Image via GIPHY

Well, well, well... Apa yang dirisaukan tu? Sekarang semuanya boleh dapatkan di Kaison. Murah dan cantik pula tu! Confirm puas hati... Nanti dining table dah cantik, pasti lebih merah dinner party. Lagi-lagi disambut dengan tetamu dan keluarga tersayang! 

Jom check out 10 barang unik dari Kaison untuk hias meja makan ini:

1. Table cloth

Kepada sesiapa yang sukakan alas meja makan, Kaison menawarkan pelbagai jenis material, saiz dan corak kain mengikut cita rasa you guys! First and foremost, jangan lupa set kan tema yang you guys nak untuk ruang makan, lepas tu boleh dah pilih alas meja mengikut tema atau warna. 

Harga: RM25 - RM50 setiap satu. 

2. Table runner

Image via GIPHY

Untuk sesiapa yang tak sukakan alas meja yang penuh, boleh gunakan table runner untuk hiaskan a part of meja anda. Boleh letakkan di tengah meja anda, untuk alaskan lauk-pauk anda yang sedap dan lazat!

Harga: RM15 - RM25 setiap satu.

3. Table mat

Selepas tu, alaskan alaskan meja dengan table mat, baru la cantik nak susun pinggan mangkuk! Boleh pilih table mat mengikut kesesuaian, yang segi empat atau bulat. Susunkan sudu dan garfu di tepi pinggan. Cawan jangan lupa...

Harga: RM3.50 (1pc bulat), RM12.90 (4pcs segi empat), RM13.90 (1pc rotan).

4. Alas lauk

Nak lagi fancy? Alaskan juga pinggan lauk-pauk anda dengan alas yang bercorak warna-warna ini. So cute! 

Harga: RM5.90 - RM9.90 setiap satu. 

5. Cawan

Hiaskan setiap satu tempat di meja makan dengan cawan-cawan comel. Banyak lagi pilihan dan corak cawan yang confirm boleh sesuaikan dengan tema anda. 

Harga: RM3 - RM15 setiap satu. 

6. Coasters

Hidang air sejuk, tapi tak nak meja basah sampai mengalir air? Worry no more, alaskan coasters ini. Takdalah basah lagi meja anda... Yay! 

Harga: RM8.50 (4pcs). 

7. Cup holder

Dah guna cawan, basuh dan letak kat cup holder ini. Baru nampak lebih tersusun dan kemas!

Harga: RM17.90 setiap satu. 

8. Kotak tisu

Tak suka nampak kotak tisu yang tak estetik? Boleh beli cover tisu ini, settle dah masalah! Warna dan corak pun cantik dan sesuai untuk meja makan. 

Harga: RM9.90 setiap satu. 

9. Lampu lilin

Nak lagi romantik? Tapi taknak pakai lilin yang sebenar? Gunakan lampu lilin ini, hanya perlukan bateri. Boleh dah candle light dinner...

Harga: RM9.90 - RM11.90 setiap satu. 

10. Pasu bunga

Lastly, hiaskan meja makan dengan pasu bunga. Pastikan pasu bunga jangan terlalu tinggi supaya tidak terhalang penglihatan semasa mengambil lauk. Boleh dapatkan pasu bunga yang dah siap di Kaison, ada banyak pilihan yang menarik! 

Harga: RM10 - RM20 setiap satu. 

Bukan itu saja, ada banyak lagi barang hiasan seperti pasu-pasu corak marble yang boleh dapatkan di Kaison. Bunga palsu pun semua cantik-cantik belaka!

Masih tak dapat bayangan idea? Haa, ini dia contoh yang boleh anda tiru:

Ini merupakan decoration yang elegant... Dengan mengenakan warna tema hitam, meja makan nampak lebih tersusun dan teratur. 

Wanna go for white theme? Nampak super clean, sedap mata memandang kan?

Image via happygreylucky

Nak decoration yang kemas dan simple? Ini dia...

Image via Westwing Italia

Haa banyak kan barang-barang yang cun dan murah di Kaison sepeti meja decor di atas ni...

Tunggu apa lagi? Jom hias meja makan!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via imgur.com

Meja makan dah cantik, jom cantikkan dapur pula:

Nak belajar masak? Dapatkan gajet-gajet dapur yang senangkan kerja masak:

Suka baking? Jom tengok alat baking ini:

Dapatkan tips-tips dapur ini:

You may be interested in: