5 Jenis Pisau Yang Wajib Anda Tahu Bila Jejak Kaki Di Dapur
Jom kenali jenis-jenis pisau ini supaya tak keliru lagi!
1. Slicing knife
Pisau jenis ini kebiasaannya untuk memotong daging atau ikan. Bukan itu saja, pisau ini perfect untuk sesiapa yang nak buang tulang dan ambil daging sahaja. Bilah pisau jenis ini mempunyai kepanjangan ukuran 8 hingga 12 inci. Pisau ini juga mempunyai mata yang rounded dan pointed di depan. Haa, take note! Jangan buat potong roti pula...
2. Chef's knife
Chef's knife ini merupakan pisau yang multipurpose. Boleh digunakan untuk chopping, slicing, potong sayur-sayuran, buah-buahan dan juga daging! Yang ni memang all-in-one. Kebiasaanya bilah pisau berukuran 6 hingga 8 inci panjang.
3. Cleaver
Fuh, yang ni paling besar sekali dalam family pisau! Yang ni fungsinya untuk memotong daging, part-part tulang yang besar dan tebal tu. Guna cleaver ni tau... Bukan slicing knife. Selain itu, boleh juga digunakan untuk chopping bawang putih atau bahan tumis supaya dicincang lebih kecil dan halus. Bentuk bilah pisau ini seperti segi empat dan memanjang.
4. Bread knife
Ini kepada sesiapa penggemar pastry, inilah pisau untuk memotong roti! Yang ada gigi tu kat belah bawah bilah pisau. Kalau nak potong roti selalunya kita gunakan teknik macam gergaji... Haa, sebab itu pisau roti ada gigi untuk mudahkan potong roti!
5. Paring knife
Haa, yang ni paling kecil dan comel dalam keluarga pisau! Namanya paring knife. Fungsinya adalah untuk mengupas bawang dan kulit buah. Bukan untuk potong daging tau...
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!