makan

15 Alat Dapur Dari Daiso Yang Boleh Jimatkan Masa Masak & Kemas. So Cheap & Berguna!

Pelik tapi menarik!

Cover image via @ellinachan

Selalu spend masa terlalu lama di dapur? Balik kerja atau lepas study penat nak prepare semua bahan masakan?

Jangan risau lagi, alat-alat dapur yang boleh didapati di Daiso ini memang sangat berguna! Bukan tu je, lepas ni anda pun boleh jadi pro macam chef.

Image via GIPHY

Daiso semestinya terkenal dengan menjual barang-barang Jepun yang sangat berguna di rumah. Daiso ibaratkan Doraemon kepada semua orang, tak kira semasa di dapur atau di mana-mana sahaja. Persis poket Doraemon yang sentiasa ada pelbagai alatan untuk Nobita. Kalau you guys pergi Daiso, jangan lupa take note and beli barang-barang ni! 

Jom check out 15 alat dapur ini:

1. Apple cutter

Image via @ellinachan

Tak perlu risau atau rasa gelisah lagi kalau nak makan epal. Dengan pemotong epal ini, sekali tekan, ta-daaa terpotong dah buah epal anda. Awesome kan? Sangat jimat masa. Selain jimat masa, selamat pun ye sebab tak perlu guna pisau lagi. Yay!

2. Apple corer

Image via @ellinachan

An apple a day keeps the doctor away. Jangan lupa lepas basuh epal tu, buang tengah dulu. Then, dah boleh makan macam biasa. Senangnya hidup!

3. Mango cutter

Image via @ellinachan

Pemotong mangga pun ada? Impressive! Senang dah, siapa yang minat mangga tu lepas ni beli ni je. Boleh buat mango float, smoothie dan banyak lagi desserts yang lain. Tak payah potong guna pisau dah. 

4. Corn peeler

Image via @ellinachan

Nak buat Sweet corn ala Daily Fresh? Gunakan peeler ini, sekali tarik je. Takdalah sakit tangan sebab makan masa nak cabut satu satu biji jagung tu. Senang kan? Rasanya kurang dari seminit settle dah kupas biji jagung! 

5. Onion cutter

Image via @ellinachan

Selalu nak sediakan bahan tumis atau bahan hiasan secara hirisan? Onion cutter ini sangat berfungsi! Nama je onion cutter tapi boleh digunakan juga untuk sayuran yang dihiris nipis-nipis. Mudah kan?

6. Garlic peeler

Image via @ellinachan
Image via Shop review

Wow, magic. Masukkan dan gosok-gosok je, kulit bawang pun dah terkupas. Senangnya? Ni memang confirm kena beli ni. 

7. Egg cutter

Image via @ellinachan

Haaa, kepada mak mak yang suka buat nasi lemak tu. Jom, gunakan pemotong telur ni. Sekali tekan, terus jadi 8 hirisan telur nipis. Senang kan, takdalah nak hiris 8 kali. See the difference?

8. Lemon spray

Image via @ellinachan
Image via vat19

Ada sesetengah masakan yang perlukan rasa lemon zest kan? Dapatkan lemon spray ini di Daiso, settle dah perahan lemon anda. Boleh gunakan semasa anda sediakan salad! 

9. Stone ice cube

Image via @ellinachan

Inilah alternatif untuk ais batu. Masukkan batu ini ke dalam peti sejuk selama 3 jam. Selepas tu, keluarkan dan masukan dalam minuman anda. Seeejukkkk! Boleh recycle tau...

10. Oil filter sheet

Image via @ellinachan

Biasa recycle minyak yang lama? Lapiskan kertas minyak ini supaya minyak yang anda simpan disaring dan takdalah kotor. 

11. Oil absorption pad

Image via @ellinachan

Kalau minyak dah kotor dan dah digunakan berulang kali, buang minyak anda dengan cermat tau. Okay, caranya ambil sekeping kertas penyerap minyak ini dan letakkan ke dalam minyak yang telah sejuk. Lepas tu, buang kertas ke dalam plastik dan buangkan ke dalam tong sampah. Settle!

12. Pipe cleaner

Image via @ellinachan

Basuh dan bersihkan sinki dengan ini, sekali sekala.  Masukkan ke dalam lubang sinki supaya paip tak tersumbat dan boleh membasmi kuman. Maklumlah banyak dah sisa-sisa makanan yang tersumbat dalam sinki tu. 

13. Jar cleaner

Image via @ellinachan
Image via @ellinachan

Sesiapa yang kat rumah guna stainless steel water boiler ni, bolehla cuci dan bersihkan guna ni. Hapuskan semua kuman-kuman tu, barulah air kita pun bersih. Safe to drink!

14. Multipurpose rack

Image via @ellinachan

Takda alasan dah untuk barang dapur yang bersepah. Tray yang magnetic ni boleh digunakan untuk letak rempah-rempah anda. Tak sakit mata memandang!

15. Push wash kitchen brush

Image via @ellinachan

Favourite! Tuangkan sabun ke bahagian atas berus. Kalau nak basuh, tinggal picit je, nanti sabunnya keluar sendiri dan bersedia untuk basuh pinggan mangkuk. 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Nak lagi alat dapur yang pelik tapi berguna?

Jom tengok tips penjagaan barang dapur anda:

More stories to read: