makan

15 Gajet ‘Must Buy’ Dari MR.DIY Yang Berbaloi Untuk Senangkan Kerja Di Dapur

Always low prices, always in our hearts. :)

Cover image via @doramihijab2 (Instagram) & @zircongiftsnhousehold (Instagram)

MR.DIY sememangnya dah jadi tempat favourite untuk shopping atau tempat borong barang tak kira usia. Sesiapa yang masuk mesti akan keluar dengan at least satu beg plastik

Image via GIPHY

Mana taknya, barang yang murah, harga berpatutan dan kualiti yang baik ini sememangnya telah menarik perhatian ramai. Barang-barang pun banyak variety, dari perkakas rumah sehinggalah ke barangan kereta. Semuanya serba ada! 

Tapi anda tau tak sebenarnya banyak je barang dapur yang worth buying dari MR.DIY ni. Harga yang mantap padan dengan kualiti barang! Jom baca...

Check out 15 barangan dapur yang berbaloi ini:

1. Stainless steel oil cup with strainer

Image via MR DIY

Selalu lepas masak, mesti kita tak buang dan simpan minyak tu kan? Haa, bekas ni senang! Boleh simpan minyak, ada penutup. Paling penting, ada penyaring untuk saring minyak yang kotor. Minyak yang anda simpan tu takdalah kotor, bersih dan selamat untuk digunakan next time.

2. Steamboat pot

Image via MR DIY

Ahhh! Steamboat? Dah boleh la kan buat steamboat sendiri di rumah. Yay! Kuali steamboat yang mempunyai 2 partition ini sangat senang kalau nak buat 2 sup yang berbeza. Jom layan...

3. Slip-on pour sprout

Image via MR DIY

Pasang ini di periuk semasa nak tuang sup atau air panas supaya air yang panas tak melimpah dan terkena anda. Haa, lebih mudah kan? Takdalah tumpah-tumpah.

5. Instant Noodle starter kit

Image via MR DIY

Okay dah boleh layan K-drama sambil makan ramen dah. Hanya perlukan chopstick and bowl. Nak buat party ramen pun boleh dah ni. Jom beli! 

6. Self stirring mug

Image via MR DIY

Kepada sesiapa yang suka minum kopi pagi-pagi atau petang? Gunakan cawan ni. Tak perlu godak tau, dia automatik godakkan untuk anda. Amazing! 

7. Mini chopper

Image via MR DIY

Penatnya nak cincang bahan tumis... Beli premium chopper dari MR.DIY. Confirm senang hidup. Tinggal tekan je, hancur dah semua. 

8. Double layer basket

Image via MR DIY

Sooo senang! Boleh letak sayur, lepas basuh sayur, buang air macam tu je. Takdalah melimpah jatuh sayur-sayuran atau buah-buahan masa nak bersihkan. 

9. Clipper

Image via MR DIY

Selalu pakai getah tempe je? It's time to change! Jom pakai penyepit ni, senang! Makanan pun tak masuk angin tau... Kalau tak, bazir je kena buang. 

10. Mini sealing machine

Image via MR DIY

Kalau tak suka pakai penyepit tu, boleh la pakai sealing machine mini ni. Makanan anda tak lemau dah, yang paling penting, tak perlu gunakan getah tempe lagi!

11. Sharpener peeler

Image via MR DIY

Bukan shaperner pensel je tau yang ada, shapener carrot pun ada! Senang kalau nak kupas kulit lobak merah tu. Tinggal masuk dan pusingkan. 

12. Cucumber slicer

Image via MR DIY

Nak jimat masa potong timun? Masak ala-ala chef gitu, gunakan produk ni. Cucumber slicer, anda akan dapat potongan yang cantik dan sama saiznya.

13. Corn stripper

Image via MR DIY

Fuyooo! Nampak tak betapa hebatnya? Tak perlu lagi dah kupas isi jagung satu satu. Gunakan stripper ni, laju! Hanya perlukan seminit untuk satu jagung...

14. Knife sharpener

Image via MR DIY

Pisau rumah selalu tumpul? Jangan risau. Gunakan pengasah pisau ini, confirm pisau anda seperti yang baru selepas diasah. Mudah kan hidup...

15. Bread slicer

Image via MR DIY

Anda seorang baker? Suka buat roti homemade di rumah? Barang ini memang menjadi satu keperluan untuk anda. Boleh potong roti dengan kemas dan cantik!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Selain MR.DIY, ini juga merupakan barang-barang berguna dari Shopee

Inginkan tips penjagaan barangan dapur?

You may be interested in: