seismik

Remaja Dihukum Penjara Satu Tahun Hina TMJ, Ini 5 Jenis Komen Netizen

"Salah tetap salah." - Netizen

Cover image via SAYS

Seorang remaja dihukum penjara satu tahun setelah mengaku bersalah menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 7 Jun lalu

Image via blogspot.my

Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri, 19, didakwa mengeluarkan komen berbentuk negatif dalam laman sosial Facebook atas nama 'Miyo Castello' antara Mac hingga April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Tertuduh yang berasal dari Tumpat Kelantan itu dan juga merupakan seorang buruh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Amirul Azwan memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya kerana berasal dari keluarga yang miskin dan susah.

Image via facebook.com

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana menyifatkan ia satu kesalahan serius berbentuk penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor yang bakal menjadi Sultan Johor.

Sabariah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama setahun yang berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan 28 April lalu.

sinarharian.com.my

Bagaimanapun, TMJ mencadangkan agar PDRM tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina dirinya

"Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.

"Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah Taala berikan kepada saya", kata baginda di laman facebook Johor Southern Tigers, pada 29 Mei lalu.

malaysiakini.com
Image via beritasini.com

Berikutan isu tersebut, Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq yang juga jurucakap Challenger telah mengutuskan satu surat terbuka kepada Tunku Ismail, semalam

Surat terbuka itu dibuat melalui laman Facebook dan beliau tidak menafikan bahawa tindakan Muhammad Amirul mengeluarkan kenyataan terhadap baginda bukanlah satu tindakan yang wajar.

Melalui suratnya itu, beliau mengatakan sendaan tertuduh memang agak melampau tetapi kebebasan bersuara tidak sepatutnya disekat hanya kerana ianya dianggap "menyakitkan hati".

Patik pohon perkenan Tunku untuk memaafkan Muhammad Amirul dan melakukan segala apa yang terdaya untuk menjamin kebebasannya. Sebagai contohnya memberi ampun atau melobi menentang Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Media ‪#‎AktaSakitHati‬.

facebook.com

Menurut beliau lagi, beliau mahu baginda buktikan kepada Malaysia sekali lagi bahawa baginda ialah seorang pemimpin yang melaksanakan seperti apa yang dikatakan dan menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin Malaysia.

Baca surat terbuka penuh beliau di sini.

Kes terbabit telah tersebar begitu meluas di sosial media dan menerima banyak pandangan daripada netizen terutamanya di laman Facebook

1. Ada yang bertanya "Perlukah warkah itu diutus secara terbuka? Kenapa tidak diutus secara sulit demi menjaga air muka baginda?"

2. Salah tetap salah. Apakah memaki dan mengeluarkan perkataan lucah juga sebahagian dari kebebasan bersuara?

3. Beri peluang kepada remaja tersebut dan hantarnya ke pusat kaunseling atau program-program kemasyarakatan

4. Ada pula yang minta TMJ beri pekerjaan kepada remaja tersebut. Maknanya, lepas ni siapa hina sultan boleh dapat kerja lah?

5. Nanti orang tanya dalam penjara, kesalahan apa?

Apa-apa pun mari kita jadikan ini sebagai satu pengajaran supaya lebih berhati-hati dan menjaga tutur kata tidak kiralah di dalam alam maya mahupun di alam nyata

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini:

You may be interested in: