Sukakan Cheese? Cuba Resipi Mozzarella & Cheddar Meatballs Ini Untuk 'Double' Kepuasan

Lagi cheesy lagi sedap!

  • Cover image via SAYS

Dah cuba resipi Oreo Cheesecake minggu lepas? Fokus kepada cheese diteruskan minggu ini dengan resipi Cheesy Meatballs pula!

Image via SAYS

Bebola daging yang juicy ini diisi Mozzarella dan ditabur Cheddar. Memang sedap!

Ikuti langkah-langkah mudah ini:

Bahan-bahan:
- 500g daging kisar
- 1/2 cawan breadcrumbs
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 sudu besar mixed herbs
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 1 biji telur
- 2 sudu besar susu segar
- Kiub Mozzarella
- Minyak zaitun
- Sos pasta
- Cheddar parut

Cara-cara:
1. Pre-heat ketuhar pada suhu 175°C.
Gaul daging kisar bersama breadcrumbs, garam, lada hitam, mixed herbs, bawang putih kisar, telur dan susu segar.
2. Bentukkan lebih kurang 2 sudu besar campuran meatball menjadi bola.
3. Masukkan kiub Mozarella di tengah bebola.
4. Sapukan setiap bebola dengan minyak zaitun dan bakar selama 30 minit.
5. Sapukan sos pasta dan tabur Cheddar parut ke atas setiap bebola. Bakar selama 3 minit.
6. Hidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment