Nak Tahu Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri? Guna Resipi Ini!

Jangan klik jika anda sedang diet ;)

  • Cover image via SAYS

Tengah mengidam makan Cheesy Wedges? Resipi minggu ini khas untuk anda!

Image via SAYS

Bayangkan ubi kentang digoreng panas-panas, disalut pula dengan sos keju home-made dan mayonis.... Dah cuba sekali, pasti nak lagi!

Nak tahu bagaimana caranya untuk membuat hidangan kegilaan ramai ini? Ikuti langkah-langkah mudah ini:

Bahan-bahan (wedges):
- 3 biji ubi kentang
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- Minyak

Bahan-bahan (sos cheesy):
- 3 sudu besar mentega
- 250 ml susu segar
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan keju Cheddar (diparut)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- Pewarna kuning (jika mahu)

Cara-cara:
1. Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges.
2. Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges.
3. Goreng.
4. Dalam kuali lain, cairkan mentega.
5. Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan.
6. Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati.
7. Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul.
8. Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.

Resipi apa pula yang ingin anda lihat di episod akan datang? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment