lifestyle

3 Resipi Sambal Yang Semua Peminat Makan Pedas Wajib Tahu. Memang Terangkat!

Tak boleh nak 'decide' mana satu sambal pilihan hati? Buat jer semua sekali!

Cover image via SAYS

Kalau anda jawab Sambal Belacan, Sambal Kicap atau Sambal Hijau, anda pasti akan suka resipi minggu ini:

Daripada soto ke pisang goreng, semuanya lebih kick bila ada Sambal Kicap! Mudah pun mudah, tak sampai 2 minit dah siap:

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 10 biji cili padi
- 1 sudu besar bawang putih
- 1 sudu kecil gula
- 1/4 kicap manis

Cara-cara:
1. Blend kesemua bahan-bahan.

Bayangkan nasi goreng panas-panas ditambah pula Sambal Belacan... fuhhh, memang terangkat! Ini resepinya:

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 6 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- Jus dari 2 buah limau
- 1 kiub belacan bakar
- Garam
- 1 biji limau, dipotong dua

Cara-cara:
1. Blend cili merah dan cili padi.
2. Tambah jus limau, belacan, dan garam.
3. Blend sehingga sebati.
4. Hidang sambal dengan sehiris limau.

Resepi Sambal Hijau ini pula khas untuk penggemar masakan Padang:

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 1 biji tomato
- 8 biji cili hijau
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang merah (dicincang)
- Garam
- Minyak masak

Cara-cara:
1. Rebus tomato dan cili hijau.
2. Blend kasar tomato dan cili hijau.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
4. Masukkan cili hijau dan tomato.
5. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.

Nak diskaun untuk pekakas elektrik? Dapatkan kupon Lazada, Ensogo dan Gemfive di sini.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan lupa 'bookmark' resipi-resipi ni juga:

You may be interested in:

Leave a comment