seismik

Rakyat Malaysia Bangkit Mempertahankan Dakwaan Berfoya-Foya Co-Pilot MH370

Sedang satu dunia berkabung dan masih menunggu kepulangan pesawat MH370, media Australia nampaknya ingin mengeruhkan lagi keadaan.

Cover image via terengganutoday.com

Media Australia, 'The Daily Telegraph' Menulis Sebuah Artikel Mengenai Pembantu Juruterbang MH370, Fariq Hamid Yang Dikatakan Suka Berfoya-Foya

Muka hadapan akhbar Daily Telegraph

Image via melvister.com

Nampaknya pihak media Australia dah mainkan isu ni dan menjadikan ia hangat di negara berkenaan dan seterusnya memburukkan suasana dan pihak Malaysia Airlines sendiri. Ini sudah melampau!

terengganutoday.com

Entah apa motif media Australia ini. Setakat bergambar je sudah dilabelkan sebagai playboy. Begitu rendahnya tahap profesionalisme media Australia. Langsung tiada etika sebagai wartawan antarabangsa.

terengganutoday.com

Ceritanya Bermula Apabila Seorang Wanita Warga Australia, Jonti Roos Tampil Dengan Mendakwa Pernah Bertemu Dengan Fariq Suatu Ketika Dahulu

Jonti Roos

Image via dailymail.co.uk

Semuanya berpunca apabila seorang wanita warga Australia tampil kepada pihak media dan mendakwa pernah bertemu dengan pembantu juruterbang MH370 yang dilaporkan hilang sejak sabtu 8 Mac 2014.

melvister.com

Selain itu, wanita yang dikenali sebagai Jonti Roos turut memburukkan sikap pembantu juruterbang MH370 itu sebagai suka berfoya-foya dan merokok dalam pesawat.

melvister.com

Jonti Roos Memberitahu Dia Dan Rakannya Turut Merakam Beberapa Keping Gambar Bersama Fariq Hamid Ketika Berada Di Dalam Kokpit Pesawat

Roos memberitahu rancangan TV A Current Affair bahawa beliau dan Maree turut merakam gambar mereka dengan juruterbang bersama tersebut dalam kokpit.

malaysiakini.com

“Sepanjang penerbangan tersebut mereka berbual-bual dengan kami dan turut merokok ketika dalam penerbangan, yang saya rasa tidak dibenarkan. Pada satu masa, mereka turut berpaling ke arah kami sepanjang masa dan berbual dengan kami."

malaysiakini.com

"Mereka sangat berminat dengan perbualan tersebut, dan dia turut memegang tangan kawan saya dan berkata, 'tangan anda sangat berkedut. Itu bermakna anda sangat kreatif' dan turut menegur pengilat kukunya,” kata Roos.

malaysiakini.com

Gambar-Gambar Yang Didedahkan Oleh Jonti Roos Kepada Media

Jonti Roos dan Jaan Maree bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid (kanan) pada Disember 2011.

Image via melvister.com

Pihak Malaysia Airlines (MAS) Mengaku Terkejut Dengan Dakwaan Tersbut

Image via livemint.com

Pihak Malaysia Airlines mengaku terkejut dengan tuduhan bahwa ko-pilot dari pesawat yang hilang, pernah membawa masuk penumpang perempuan ke dalam kokpit yang telah dilaporkan oleh media Australia.

okezone.com

Menurut satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu.

sinarharian.com.my

“Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video-video insiden yang didakwa itu. Seperti kamu sedia maklum, kita di tengah-tengah krisis dan tidak mahu tumpuan kita dilencongkan,” menurut kenyataan itu.

malaysiakini.com

MAS Turut Menggesa Media Dan Orang Ramai Agar Menghormati Privasi Ahli Keluarga Mangsa Pesawat MH370 Yang Sedang Berhadapan Masa Yang Sukar

Image via ibtimes.com

"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami. Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa, 11 Mac.

sinarharian.com.my

Netizens Di Laman Sosial Juga Turut Mempertahankan Pembantu Juruterbang, Fariq Hamid Atas Tuduhan Berfoya-Foya Yang Dilemparkan

Image via facebook.com

Ramai Yang Beranggapan Bahawa Penjelasan Tersebut Ialah Satu Pembohongan

Image via imgur.com

Namun, Selepas Tragedi Serangan 11 September Di Amerika Syarikat, Penumpang Dikatakan Tidak Lagi Dibenarkan Untuk Memasuki Ruangan Kokpit

Tragedi serangan 11 September 2001

Image via burnmagazine.org

Perlu diketahui bahawa selepas serangan 11 September di Amerika Syarikat, aturan yang ada melarang setiap penumpang untuk masuk ke dalam kokpit selama penerbangan berlangsung.

detik.com

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Kapten Pesawat MH370 Serta Penumpang Lain? BACA SINI:

Seluruh Dunia Bergabung Menunjukkan Rasa Simpati Terhadap Kehilangan Pesawat MH370

Berita Kehilangan Pesawat MH370 Turut Mendapat Perhatian Daripada Selebriti Terkemuka Dunia

You may be interested in: