seismik

8 Restoran Kari Kepala Ikan Wajib-Cuba Di Sekitar KL & PJ

Memang terangkat!

Cover image via hamydy.wordpress.com

1. Restoran Ratha Raub @ Damansara Uptown

Image via HungryGoWhere

Jika anda minat kari kepala ikan berinspirasikan masakan India, anda wajib cuba Restoran Ratha ini sekurang-kurangnya sekali. Restoran yang berasal dari Raub ini amat digemari ramai dengan rasa karinya yang cukup istimewa. Pek kari instant juga dijual di sini bagi mereka yang ingin cuba membuat kari ini di rumah.

Alamat: 32, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya

Status: Pork-free

Waktu Operasi: 7 pagi - 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 7733 9287

2. E&O Kari Kepala Ikan @ Taman Wahyu

Sukakan kari kepala ikan Chinese-style? Restoran yang cukup popular ini menyajikan kari kepala ikan merah segar bersama tauhu, kacang panjang, dan bendi. Lengkapkan menu anda dengan pelbagai lauk menarik seperti udang lipan goreng dan ayam goreng berempah. Jangan lupa sambal belacan!

Alamat: Jalan Sibu 8 Taman Wahyu Kuala Lumpur

Status: Pork-free

Waktu Operasi: 7.30 pagi - 5.30 petang (setiap hari)

No. Telefon: +603 6257 2932

3. Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok @ Bangsar

Setiap peminat kari kepala ikan pasti sudah cukup kenal dengan gerai berhampiran TMC Supermarket di Bangsar ini. Gerai ini selalunya penuh semasa waktu makan tengahari jadi pastikan anda datang awal supaya dapat merasa kari mamak-style yang sedap dan likat ini!

Alamat: Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar

Status: Halal

Waktu Operasi:
8 pagi - 5 petang (Isnin - Sabtu)
Tutup setiap hari Ahad

No. Telefon: +6016 677 7703

4. Restoran ZK @ Kampung Attap

Dengan saiz hidangannya yang besar dan memuaskan, Restoran ZK adalah antara restoran wajib-cuba apabila anda terasa ingin makan kari kepala ikan. Lengkapkan hidangan anda lagi dengan pelbagai jenis sayuran.

Alamat: 76 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur

Status: Halal

Waktu Operasi: 11 pagi - 3 petang (setiap hari)

No. Telefon: +603 2273 9786

5. Restoran Ahamed Ibrahim Stadium Merdeka @ Jalan Lumut

Restoran ini mula popular sejak tahun 90-an di lokasi Stadium Merdekanya, dan hingga kini kari kepala ikannya tetap menjadi kegemaran ramai di lokasi barunya di Jalan Lumut. Kari kepala ikan di sini nampak simple, tapi kuahnya yang begitu padat dengan perisa menjadikan restoran ini wajib dikunjungi.

Alamat: No. 28, Jalan Lumut, Kuala Lumpur

Status: Halal

Waktu Operasi: 7 pagi - 11 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 40451459, +6012 678 3774

6. Julin Xuan Famous Padang Curry Fish Head @ Medan Selera Damansara Uptown

Image via Alvin Ong

Sesi makan malam di medan selera ini tidak lengkap tanpa sepinggan kari kepala ikan Julin Xuan. Yang menariknya, anda boleh pilih untuk tambah sotong kepada kari kepala ikan anda, jika mahu. Kari yang dimasak dengan kubis, tauhu, dan kacang panjang ini diserikan lagi dengan daun pudina segar.

Alamat: Medan Selera Damansara Uptown, Damansara Uptown, Petaling Jaya

Status: Pork-free

Waktu Operasi: 6 petang - 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6012 283 2294

7. Kari Kepala Ikan YKS @ KL

Dengan kuah karinya yang lemak berkrim dan ikannya yang segar, anda harus cuba Kari Kepala Ikan YKS sekurang-kurangnya sekali! Saiz hidangannya yang besar menjanjikan sesi makan yang betul-betul memuaskan.

Alamat: No. 2, Lorong Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur

Status: Halal

Waktu Operasi: 24 jam

No. Telefon: +6018 325 2554, +603 2161 2525

Info Lanjut: Facebook | Instagram

8. Restoran Kari Kepala Ikan SG @ Sri Gombak

Image via HungryGoWhere

Kari kepala ikan di sini memang terkenal dengan rasanya yang tersendiri. Kuahnya yang gelap dan pekat memang cukup rasanya. Kari kepala ikan yang dihidangkan sejak tahun 1988 ini sedap dimakan begitu sahaja dan juga dengan pilihan lauk-pauk.

Alamat: 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor

Status: Halal

Waktu Operasi: 11 pagi - 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 6189 3657

Yang mana satu kari kepala ikan favourite anda?
Kongsikan dengan kami di ruangan komen!

Untuk banyak lagi tempat makan best:

You may be interested in: