11 'Desserts' Unik Yang Mungkin Belum Pernah Anda Cuba Di Sekitar KL & Selangor
Memang awesome semuanya, daripada Salted Egg Yolk Macarons ke Unicorn Berry Toast!
1. Ice Cream Sandwich @ CookieNation (pork-free)
Ice Cream Sandwich merupakan gabungan menarik antara ais krim dan soft-baked cookies, di mana pilihan perisa yang disediakan termasuk red velvet, Snickers, Nutella, M&M's dan teh hijau. Topping seperti cip coklat dan rainbow sprinkles pula menjadi pelengkap kepada snek epik ini!
Alamat: D-G-13, Sunway Nexis, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, Petaling Jaya
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 11 malam (setiap hari)
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
2. Salted Egg Yolk Macarons @ Tiny Temptress Artisan Patisserie (pork-free)
Tiny Temptress memang terkenal dengan rekaan manisan mereka yang terlalu comel dan sentiasa sedap! Untuk yang pertama kali berkunjung ke kafe mereka bolehlah mencuba Salted Egg Yolk Macarons, digemari ramai kerana teksturnya halus dan rasanya tiada tandingan.
Cawangan Bangsar:
Alamat: No. 6B, Jalan Telawi 2, Bangsar
Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (Isnin - Khamis, Ahad) | 11 pagi - 1 pagi (Jumaat & Sabtu)
Cawangan Sri Petaling:
Alamat: No. 8-1, Jalan Radin Bagus 8, Bandar Baru Sri Petaling
Waktu Operasi: 1 petang - 11 malam (Selasa - Ahad) | Tutup setiap Isnin
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
3. Baked Alaska @ FIQS Gastronomy (pork-free)
Manisan comel yang menyerupai igloo ini dibuat menggunakan ais krim mangga yang disaluti meringue bakar. Gabungan perisa dan teksturnya yang unik menjadikan Baked Alaska ini antara pencuci mulut paling kreatif di Lembah Klang.
Alamat: No 34, Jalan SS19/1D, Subang Jaya
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 10.30 malam (Isnin - Khamis)
3 petang - 10.30 malam (Jumaat)
11 pagi - 10.30 malam (Sabtu & Ahad)
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
4. Unicorn Berry @ Haraju-Cube (pork-free)
Kafe berinspirasikan Jepun ini kini tampil dengan satu lagi rekaan Shibuya Toast unik iaitu Unicorn Berry. Pencuci mulut yang cukup meriah ini dibuat menggunakan ais krim mixed berries beserta marshmallow dan krim putar, dan kesemuanya tersusun kemas di atas charcoal toast. Awan gula kapas pula memberikan sentuhan magis kepada dessert berwarna-warni ini.
Alamat: 103, Empire Damansara, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, Petaling Jaya
Waktu Operasi:
11 pagi - 11 malam (Selasa - Khamis, Ahad)
11 pagi - 12 malam (Jumaat dan Sabtu)
Tutup setiap Isnin
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
5. Nightfury's Brownies Cake @ Cake Jalan Tiung (pork-free)
Bayangkan keenakan kek coklat bersalut ganache dan buttercream, ditambah pula dengan kiub-kiub brownies kedut dan sos salted caramel. Jika anda peminat tegar coklat, anda wajib cuba Nightfury's Brownies Cake ini sekurang-kurangnya sekali!
Cawangan Seksyen 9:
Alamat: 31M Jln Tg Ampuan Zabedah J 9/J Seksyen 9, Shah Alam
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 7 malam (Rabu - Ahad) | Tutup setiap Isnin & Selasa
Cawangan Seksyen 13:
Alamat: Menara Naza TTDI, Seksyen 13, Shah Alam
Waktu Operasi: 10 pagi - 7 malam (Isnin - Jumaat) | Tutup setiap Sabtu & Ahad
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
6. Garden Mess @ Rimba & Rusa (pork-free)
Mengambil keindahan alam sebagai inspirasi, kafe berkonsepkan hijau ini kini tampil dengan pencuci mulut comel menyerupai tanaman. Garden Mess terdiri daripada chocolate brownies dan cookie crumbs, ais krim vanilla berkrim dan jem raspberry, dan diserikan lagi dengan daun pudina segar dan bunga yang boleh dimakan.
Alamat: D-GF-01, Jalan PJU 5/2, Sunway Nexis, Petaling Jaya
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 10 malam (Isnin - Khamis)
9 pagi - 10 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Jumaat
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
7. Churros Donut Stack @ Botanica + Co (pork-free)
Peminat churros pasti terpesona dengan ciptaan unik ini, di mana adunan churros dibentukkan menyerupai donat, dan disempurnakan lagi dengan pusaran meringue bersalut sos coklat dan karamel.
Alamat: G5 Podium, The Vertical, Bangsar South City. No.8 Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
11.30 pagi - 10 malam (Isnin - Khamis)
11.30 pagi - 11.45 malam (Jumaat)
9.30 pagi - 11.45 malam (Sabtu)
9.30 pagi - 10 malam (Ahad)
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
8. Sweet Potato Kakigori @ KAKIGŌRI (pork-free)
Kakigori merupakan sejenis hidangan ais kisar yang popular di negara Jepun, dan kafe ini membawa kakigori ke tahap baru dengan perisa-perisanya yang luar biasa. Antaranya termasuklah Sweet Potato Kakigori, di mana ais kisar berperisa ubi keledek Jepun dihidangkan tinggi menggunung, disertai pula dengan puding karamel sebagai topping. Memang awesome!
Alamat: 25, Jalan 20/13, Taman Paramount, Petaling Jaya
Waktu Operasi:
2 petang - 11 malam (Isnin - Jumaat)
1 petang - 11 malam (Sabtu & Ahad)
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
9. Rainbow Bagels @ Bowery Petit (pork-free)
Kafe berinspirasikan New York ini menyediakan pelbagai hidangan manis yang kreatif dan tersendiri, dan Rainbow Bagels merupakan salah satu pencuci mulut yang kekal popular dengan peminat-peminat setia kafe ini. Dessert ini digemari ramai kerana dohnya cantik berwarna-warni, yang diserikan lagi dengan rainbow sprinkles.
Alamat: 48 Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8 pagi - 11 malam (setiap hari)
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook
10. Matcha Salted Egg Yolk Lava Cake @ Softcore (pork-free)
Walaupun gabungan perisanya memang lain dari yang lain, keunikan rasa Matcha Salted Egg Yolk Lava Cake ini menjadikannya salah satu hidangan paling diminati di kafe kek lava ini. Kombinasi rasa telur kuning masin yang lemak berkrim dengan rasa teh hijau yang sedikit pahit ternyata menjadi.
Alamat: No. 56, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway
Waktu Operasi:
11 pagi - 10.30 malam (Isnin, Rabu, Khamis, Ahad)
11 pagi - 11.30 malam (Jumaat & Sabtu)
Tutup setiap Selasa
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
11. Red Velvet Croissant @ Dotty's (pork-free)
Walaupun ramai yang berkunjung ke kafe elegan ini untuk menjamah sepotong Salted Egg Yolk Croissant, Dotty's sebenarnya mempunyai banyak lagi pilihan dessert yang kreatif dan amat memuaskan. Jika anda sukakan red velvet, anda boleh cuba Red Velvet Croissant di mana perisa klasik ini digunakan untuk menghasilkan pastri merah berintikan keju krim.
Cawangan TTDI:
Alamat: 20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8 pagi - 8 malam
Cawangan Platinum Park:
Alamat: Lot 1.03, Ground Floor, Menara TH, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8 pagi - 7 malam
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook | Instagram
Inginkan banyak lagi artikel makanan seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan Twitter sekarang!