seismik

Eh Kat Mana Restoran Nasi Bamboo Ni Sampai Mat Salleh Pun Sanggup Datang 'Try'?

Unik, Asli & Tersendiri.

Cover image via Instagram @tjlzfflshh

Malaysia memang terkenal dengan masakan tradisional yang amat unik dan lazat. Malah, setiap negeri juga pasti mempunyai hidangan masakan yang tersendiri.

Ini termasuklah juga masakan tradisional kampung orang Melayu Perak yang kini semakin mendapat perhatian ramai iaitu Nasi Bamboo.

Siapa sangka masakan tradisional kampung ini mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pelancong antarabangsa dan domestik setelah diberi publisiti dan promosi meluas melalui media tempatan.

Restoran Nasi Bamboo (RNB) yang terletak di Sg Klah, Sungkai, Perak ini nampaknya benar-benar mendapat perhatian ramai termasuklah pelancong Arab, Brunei, Singapura dan Hong Kong selain rakyat tempatan

Restoran ini memperkenalkan nasi yang dimasak dan dikukus dalam buluh dengan daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia sebagai lapik berasnya.

Masakan tradisional ini sememangnya sangat unik dan yang paling menarik sekali, aromanya pasti membuka selera dan membangkitkan nafsu makan anda. Sangat wangi!

Restoran Nasi Bamboo (RNB) ini dimiliki oleh seorang anak muda tempatan iaitu Mohd Hafizz Mukhizad yang berumur 27 tahun dan beliau dibantu oleh kedua-dua ibu bapanya.

Mohd Hafizz Mukhizad (kanan) bersama bapanya

Image via www.sinarharian.com.my

Konsep nasi bamboo ini ialah ia dimakan bersama lauk-pauk asli negeri Perak ketika ia masih panas

Daging hitam

Image via Instagram @mas_ashek_iman

Pelbagai masakan tradisional yang disediakan di sini seperti keli goreng panas, ayam kampung serabut, daging masak hitam, gulai kawah dan banyak lagi.

Antara hidangan lauk yang popular di sini ialah daging kambing salai. Kebiasaannya daging kambing dibakar untuk dijadikan hidangan, namun di sini ia sedikit berbeza kerana daging kambing tersebut akan disalai selama 16 jam.

Ia disalai dalam tempoh masa tersebut untuk memastikan daging kambing itu betul-betul lembut dan ia dimasak dengan pelbagai jenis rempah untuk menghasilkan rasa yang sangat sedap dan autentik.

Bagi peminat ayam pula, anda diwajibkan mencuba masakan ayam kampung bunian yang tidak terdapat di tempat lain. Sangat recommended!

Kedengaran aneh bukan? Tapi jangan risau kebanyakan mereka yang datang ke sini mengatakan hidangan ayam kampung bunian ini juga memang sedap dan menyelerakan. Sangat lain dari yang lain!

Selain itu, anda juga boleh mencuba nasi panggang daun lirik. Selain baunya yang harum, rasanya betul-betul unik dan asli!

Tambahan lagi, restoran ini juga turut menyediakan sambal belacan dengan resepinya yang tersendiri

Sambal Belacan yang telah siap dibotolkan

Image via Instagram @haliffmukhizad

Tengok gambar pun dah kecur lidah kan?

Daging salai

Image via Instagram @hajarul__aswad

Kerabu Pucuk Paku

Image via Instagram @mas_ashek_iman

Memang terbaiklah Restoran Nasi Bamboo ni. Boleh kata hari-hari mesti penuh dengan manusia.

Ternyata Restoran Nasi Bamboo ini merupakan destinasi yang wajib anda kunjungi sekiranya berkunjung ke Sungkai, Perak. Selamat mencuba!

Alamat : Lot 53 Tanjung Balai, Jalan Slim River Sungkai, Perak.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang.

Facebook: Nasi Bamboo Sg. Klah

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ayam goreng cheese ini pun tidak kurang hebatnya. Anda sudah cuba?

You may be interested in: