Restoran 'The Halal Guys' Yang Terkenal Di New York Akan Tiba Di Malaysia
Wow, tak sabarnya!
Dari perniagaan kecil dengan hanya menjual hot dog di tepi jalan, kini The Halal Guys merupakan salah satu restoran ternama di Bandar New York
Semuanya bermula pada tahun 1990, di mana tiga sekawan ini bermula meniaga hot dog di tepi jalan. Di situ, mereka telah menerima permintaan yang besar dari warga Amerika Syarikat terutamanya mereka yang beragama Islam.
Ramai daripada pemandu teksi yang beragama Islam datang ke gerai mereka untuk mendapatkan makanan yang halal. Apabila ramai yang datang ke gerai mereka dan mahukan lebih banyak jenis makanan halal, mereka mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Pada waktu itu, mereka bercadang untuk memberi tumpuan dalam mempelbagaikan jenis makanan mereka dengan menambah menu baru.
Pelbagai hidangan menarik yang disediakan oleh mereka. Dari pelbagai jenis kebab, nasi, salad dan juga minuman.
Terdapat pelbagai jenis hidangan makanan yang disediakan oleh mereka. Antaranya adalah sandwic, kebab, nasi dan juga pencuci mulut. Rahsia kepada hidangan mereka yang lazat ini adalah disebabkan oleh sos istimewa mereka. Mereka telah mencipta sos istimewa dengan menggunakan resipi mereka tersendiri.
Sos istimewa ini terdiri daripada dua jenis sos iaitu sos pedas dan juga sos putih. Ramuan untuk sos cili mereka ialah cili merah, cuka, garam, rempah dan jus lemon manakala sos putih mereka mengandungi kacang soya, minyak canola, kuning telur, cuka, air, garam, gula dan lada hitam. Menariknya tentang sos mereka ialah kedua-dua sos ini sangat pedas! Memang sesuai sangat dengan selera rakyat Malaysia.
"Misi kami adalah untuk memastikan semua pelanggan kami pulang dengan rasa gembira. Kepuasan yang dihidangkan akan membawa mereka untuk datang sekali lagi ke kedai kami."
Setelah beroperasi selama 24 tahun, kini The Halal Guys telah dikenali sebagai telah dikenali sebagai syarikat makanan halal yang terbesar di New York. Selain itu, mereka juga telah mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka ke rantau Asia. The Halal Guys mempunyai cawangan di Korea Selatan, Filipina dan Indonesia.
Bukan itu saja, mereka juga telah bercadang untuk membuka satu lagi cawangan baru di Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi tarikhnya masih tidak pasti lagi. Jadi tunggu sajalah ya.
Ini adalah salah satu video review dari Makan Sampai Kenyang. Alahai ini yang buat tak sabar nak tunggu bukak dekat KL.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!