seismik

Rumah Terbuka Rasmi Sekitar Malaysia Ditangguh Sebagai Tanda Hormat Untuk MH17

"Keputusan ini dibuat bagi menghormati kejadian yang menimpa pesawat MH17."

Cover image via Berita Harian

Nahas MH17 Dan Tragedi MH370 Masih Segar Dalam Minda Rakyat Malaysia. Jelas Ternyata Atmosfera Hari Raya Untuk Tahun 2014 Diselitkan Dengan Emosi Dan Duka.

REAKSI ahli keluarga mangsa pesawat MH17 yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui pemberita di Sepang.

Image via Berita Harian

Pada 24 Julai 2014, Pejabat Perdana Menteri Telah Mengumumkan Pembatalan Majlis Rumah Terbuka Jemaah Menteri Di Kompleks Seri Perdana

Image via flickr.com

Pembatalan atau penangguhan itu juga selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri Aidilfitri 2014 yang diumumkan pejabat Perdana Menteri, Khamis.

mstar.com.my

'Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014' Yang Dijadualkan Diadakan Di Rembau Anjuran Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Juga Dibatalkan

Kabinet hari ini bersetuju membatalkan Majlis Rumah Terbuka Jemaah Menteri sempena Hari Raya Aidilfitri 2014 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi menghormati mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Selain itu, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Malaysia 2014 di Rembau, Negeri Sembilan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan turut dibatalkan memandangkan negara masih berduka di atas tragedi tersebut.

utusan.com.my

Ini termasuk majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh ahli-ahli Jemaah Menteri, Ahli-ahli Parlimen serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama rakyat di kawasan masing-masing.

utusan.com.my

Menteri Besar Negeri Johor Telah Menangguhkan Rumah Terbuka Yang Pada Asalnya Dijadualkan Pada Hari Raya Pertama Kepada 3 Ogos 2014

Pengumuman daripada YAB Menteri Besar Johor di Facebook pada 24 Julai 2014

Image via Facebook

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron Menangguhkan Rumah Terbuka Ke 9 Ogos Di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka

Pengumuman di Facebook Datuk Seri Idris Haron pada 25 Julai 2014

Image via Facebook

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengumumkan kerajaan negeri telah mengambil keputusan menangguhkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dijadualkan pada 1 Syawal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka. Sebaliknya, beliau menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, majlis itu akan diadakan pada 9 Ogos di tempat yang sama bermula pukul 10.30 pagi hingga 4 petang.

mstar.com.my

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Turut Membatalkan Rumah Terbuka Negeri Dan Persendiriannya Sebagai Tanda Hormat

Upacara penghormatan bersama Lim Guan Eng di KOMTAR

Image via therakyatpost.com

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata exco kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas Pejabat Perdana Menteri membatalkan rumah terbuka jemaah menteri dan peringkat kebangsaan. Selain rumah terbuka negeri, Lim juga berkata dia akan membatalkan rumah terbuka persendiriannya di Air Putih dalam kawasan dewan undangan negerinya.

themalaysianinsider.com

"Kita semua sedang bersedih tetapi sambutan ini harus diteruskan untuk rakan-rakan beragama Islam yang berpuasa sebulan. Sambutan boleh diadakan tetapi dengan kadar sederhana dan teratur. "Wakil rakyat boleh adakan sambutan di kawasan mereka dalam keadaan sederhana. Begitu juga jabatan dan agensi kerajaan, boleh adakan sambutan tanpa perlu menjemput orang luar," katanya di pejabatnya di Komtar hari ini.

themalaysianinsider.com

Di Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman Membatalkan Sambutan Di Kediaman Rasmi Seri Aman Yang Dijadualkan Pada 1 Syawal

Rumah terbuka Terengganu

Image via terengganu.gov.my

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan Membatalkan Majlis Pada 1 Syawal Di Dewan Undangan Negeri

Solat Sunat Dhuha dan Hajat bersama-sama warga Tentera & Penjawat Awam yg lain di Port Dickson,atas tragedi #MH17 #MH370 & #Gaza

Image via Facebook

Di SEREMBAN, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dijadualkan pada 1 Syawal di perkarangan Dewan Undangan Negeri dibatalkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Bagaimanapun, katanya rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau, pada 2 Ogos akan diadakan mengikut jadual dari 10 pagi hingga 5 petang.

bernama.com

Selaras Dengan Arahan Kementerian Wilayah Persekutuan, Rumah Terbuka Aidilfitri Labuan Yang Diadakan Setiap Tahun Turut Dibatalkan Untuk Kali Ini

Di LABUAN, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rosman Isli berkata Rumah Terbuka Aidilfitri Labuan dibatalkan atas arahan Kementerian Wilayah Persekutuan selaras dengan keputusan Kabinet. Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan setiap tahun oleh Perbadanan Labuan dengan dihadiri semua lapisan masyarakat.

bernama.com

Dalam Kenyataan Daripada Pejabat Perdana Menteri, "Walaupun Negara Masih Bersedih Di Atas Tragedi Ini, Umat Islam Masih Disyariatkan Untuk Meraikan Hari Raya Aidilfitri" Tetapi Dinasihatkan Supaya Secara Bersederhana

Image via photobucket.com

Majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi perlulah bersederhana dan penuh tertib.

bernama.com

Begitu juga di peringkat kementerian, sambutan Hari Raya Aidilfitri juga boleh diadakan bagi mengeratkan silaturahim warga kerja masing-masing tanpa melibatkan jemputan luar. "Wajarlah rakyat berbilang kaum meneruskan tradisi menziarahi demi mengeratkan perhubungan dan perpaduan sesama kita," kata kenyataan itu.

utusan.com.my

Pada Pagi 1 Syawal Datuk Seri Najib Tun Razak Bersama Kabinet Akan Menghadap Yang Di-pertuan Agong, Sebelum Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Negara

Image via mstar.com.my

Cerita MH17 lain di SAYS:

Koleksi iklan Raya yang terbaik pilihan SAYS:

You may be interested in: