seismik

Rumusan “Billion Dollar Whale” - Buku Berkisar Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Kesemua watak penting di sebalik skandal 1MDB dipaparkan dengan menarik dan terperinci.

Cover image via Malay Mail

Buku 'Billion Dollar Whale' yang berkisar tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terjual laris bak pisang goreng panas pada hari pelancarannya iaitu pada 18 September yang lalu

Buku Billion Dollar Whale adalah hasil penulisan dua orang wartawan The Wall Street Journal (WSJ) iaitu Tom Wright dan Bradley Hope.

Mereka berdua juga merupakan finalis bagi Pulitzer Prize,  anugerah kewartawanan tertinggi di negara Amerika Syarikat kerana laporan tentang 1MDB.

Penulis buku Billion Dollar Whale, Tom Wright (kiri) dan Bradley Hope.

Image via The True Net

Jika sebelum ini, orang ramai yang mengikuti kronologi pendedahan skandal 1MDB adalah melalui portal berita tempatan serta melanggan akhbar The Wall Street Journal dan The New York Times, kini semua boleh membacanya dalam buku Billion Dollar Whale yang mana buku ini mendedahkan lebih daripada yang didedahkan oleh akhbar.

Kesemua watak penting di sebalik skandal ini dipaparkan dengan menarik dan terperinci, maka tidak hairanlah penulis dan penerbit buku ini memerlukan khidmat lima orang peguam untuk meneliti manuskrip sebelum diterbitkan.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membaca buku ini lagi, usah khuatir kerana @kapital_my telah berkongsikan rumusan buku terbabit dalam bentuk Twitter thread.

Baca rumusan penuh di bawah:

Info paling penting untuk diketahui daripada buku ini adalah 'Conspirator' utama dalam isu 1MDB ini iaitu Low Taek Jho, yang kerap kali dipanggil sebagai Jho Low, bukan DS Najib.

Jho Low

Image via China Press

Sebagai permulaan, kes penipuan besar Jho Low yang pertama bukan ke atas 1MDB. Tetapi ke atas Taib Mahmud, di mana dia jual syarikat 'construction' sampah yang dibelinya kepada syarikat Taib Mahmud dengan harga mahal, memberikan dia keuntungan besar pertama bernilai USD110 juta.

Ramai tahu 1MDB asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA), cuma yang aku tak tau rupanya kewujudan TIA pun pada asalnya adalah idea Jho Low (mengikut buku ini).

Jho Low sangat berminat dengan 'sovereign wealth fund' seperti al-mubadala (UAE), dan Jho Low pernah cuba untuk ambil kesempatan ke atas Khazanah Nasional dengan menjadi 'dealmaker' untuk pelaburan dari UAE, tapi tak berjaya.

Jadi sebab tu dia cadangkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang juga merupakan Yang Dipertuan Agong pada masa itu, untuk tubuhkan 'state wealth fund' bagi Terengganu. Dia kemudian cadangkan untuk TIA mengeluarkan bon bernilai RM5 bilion, dengan menggunakan hasil minyak Terengganu sebagai cagaran.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin

Image via Bernama

Tetapi Sultan kemudian perasan ada benda tak kena. Baginda merancang untuk menutup TIA.

Dari situlah Jho Low mula mempergunakan DS Najib melalui Riza Aziz. Jho Low jadikan Najib bersetuju untuk mengambil alih TIA bawah kerajaan persekutuan dan tukar namanya kepada 1MDB. Inilah permulaan Jho Low menuju ke arah 'billionaire'.

Riza Aziz

Image via The Coverage

Mengikut buku ni, yang mengawal 1MDB sebenar-benarnya adalah Jho Low, walaupun dia tidak ada sebarang jawatan rasmi dalam 1MDB. In fact dalam semua aktiviti dia mencuri duit 1MDB, dia sangat berhati-hati daripada menjadikan nama dia mempunyai kaitan secara rasmi.

Jadi akhirnya berapa banyak wang yang Jho Low dikatakan curi daripada 1MDB?

USD700 juta daripada USD1 billion JV antara PetroSaudi dan 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun Good Star Ltd.

USD800 juta yang sepatutnya turut dilaburkan atas nama pelaburan JV dengan PetroSaudi. Tak jumpa duit ini masuk ke akaun mana.

USD576 juta daripada terbitan bon USD1.75 bilion pertama yang dijamin IPIC masuk ke akaun Aabar Investments Ltd.

USD790.3 juta daripada terbitan bon USD1.75 bilion kedua yang dijamin IPIC juga masuk ke akaun Aabar Investments Ltd.

USD1.2 billion daripada terbitan bon sebanyak USD3 bilion yang dibuat untuk PRU13 (mengikut buku ni) dan dijamin oleh kerajaan Malaysia. Secara rasminya, duit ini kononnya untuk pelaburan dalam Tun Razak Exchange. Duit ni masuk ke akaun Tanore.

USD1 bilion melalui SRC International yang kurang perincian dalam buku ini.

Jadi overall ianya berjumlah paling kurang USD5 bilion.

Yang mana daripada semua itu,

Sebanyak USD681 juta masuk ke akaun peribadi DS Najib, yang kemudian sebanyak USD620 juta dipulangkan semula kepada Tanore. Duit ini dikatakan digunakan untuk kempen PRU13.

DS Najib Razak

Image via NST

Tidak ada dalam buku ini tertulis berkaitan USD375 juta yang ditunjuk oleh DS Najib berkaitan derma oleh Putera Saud Abdulaziz.

Tapi yang menarik dalam surat tu tertulis duit itu boleh datang daripada syarikat milik putera tersebut bernama Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd.

Kalau mengikut buku ni, Blackstone Asia Real Estate Partners ni bukanlah milik keluarga Saudi. Tetapi adalah milik ‘Fat Eric’. Kawan Jho Low yang menjadi proksi utama untuk kebanyakan syarikat yang dikawal Jho Low.

Dah kenapa kan Putera Saudi nak mengaku offshore shell company milik Fat Eric (Eric Tan) sebagai syarikat miliknya. Malahan baru-baru ni The Edge keluarkan laporan mengatakan tandatangan dalam dokumen DS Najib tersebut bukanlah tandatangan milik Putera Abdulaziz.

Image via The Rakyat Post

Jadi siapa watak penting dalam semua drama 1MDB yang memang berkomplot dengan Jho Low?

Orang bawah Jho Low:
1) Fat Eric – proksi utama
2) Jasmine Loo – legal counsel 1MDB
3) Seet Li Lin – Jho Low’s financial detail

Petro Saudi:
1) Tarek Obaid, CEO of PetroSaudi
2) Patrick Mahony, CIO of PetroSaudi
3) Ambassador Otaiba, UAE US Ambassador

IPIC:
1) Khadem Al-Qubaisi, IPIC MD dan Aabar Chairman
2) Mohamed Badawy Al-Husseiny, Aabar CEO

Banker:
1) Timothy Leissner, Chairman Goldman Sachs for Southeast Asia(awalnya dia sekadar banker di Goldman)
2) Yeo Jiawei, BSI wealth management banker
3) Yak Yew Chee, BSI chief relationship untuk 1MDB dan Jho Low
4) Joanna Yu, AmBank banker handling secret DS Najib’s account

Dan soalan yang ramai berminat, adakah DS Najib terlibat dalam mencuri duit 1MDB secara langsung?

Jawapannya tak jelas, samada DS Najib dipergunakan atau memang dia terlibat secara langsung, ianya tak jelas, tapi ada beberapa benda yang jelas diceritakan dalam buku ini.

1. DS Najib yang memberi kuasa untuk Jho Low kawal 1MDB dari belakang.

2. DS Najib dan keluarganya memang ada banyak terima ‘hadiah’ daripada Jho Low, termasuklah rumah-rumah di London untuk Riza Aziz dan batu berlian permata untuk Rosmah, termasuk berlian pink berharga USD27.3 juta, antara yang termahal di dunia.

3. DS Najib memang ada minta duit dari Jho Low untuk kempen politik, tak kiralah semasa pilihanraya Sarawak 2011 atau PRU 2013.

4. Najib memang ada cuba melindungi Jho Low.

Again, ini berdasarkan buku ini.

Akhir sekali, senarai individu/entiti yang cukup bijak untuk tak ditipu dan mengelak daripada dipergunakan oleh Jho Low / 1MDB:

1) Khazanah Nasional
2) Sultan Mizan Zainal Abidin
3) Mohammed Bakke Salleh, chairman BOD 1MDB pertama
4) Jordan Belfort, sebab dia pun scammer
5) David Ryan, Presiden Goldman Sachs Asia
6) Lazard, US Investment Bank

Sekian rumusan ringkas kami. Macam mana? Rasa marah, sedih atau geram?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: