seismik

Demi Jaga Kawan Sakit Akibat Kemalangan, Gadis Ini Sanggup Tangguhkan Pelajaran

Semoga kebaikan anda terbalas satu hari nanti Syuhaila. :)

Cover image via SAYS via Harian Metro

"Kawan ketawa senang didapat, kawan menangis sukar dicari."

Itulah ungkapan yang amat sesuai dengan situasi yang sedang melanda dua remaja perempuan ini.

Walaupun tidak mempunyai pertalian darah, Syuhaila Ramli, 18, seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 sanggup menjadi ‘jururawat peribadi’ kepada seorang gadis lain yang terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak tiga bulan lalu.

Syuhaila menangguhkan permohonan menyambung pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi demi menguruskan keperluan harian Fatin Syuhada Kamal, 16, yang kini sukar untuk menguruskan kehidupan sehariannya setelah mengalami kemalangan.

Syuhaila membantu Fating menguruskan diri.

Image via Harian Metro

Kata Syuhaila, Fatin patah tulang paha akibat kemalangan jalan raya tiga bulan lalu, manakala ibu Fatin pula yang juga rakan lama ibunya terpaksa dipotong jari kaki akibat kencing manis

Dia mengambil keputusan untuk menjaga Fatin kerana hatinya tersentuh selepas melihat ibunya bersungguh-sungguh membantu ibu Fatin.

“Kesungguhan ibu membantu rakannya itu menyentuh hati saya sehingga turut menawarkan diri menguruskan Fatin seperti menukar lampin pakai buang, menyapu ubat dan memandikannya,” katanya.

hmetro.com.my

Tambah Syuhaila lagi, kesanggupan ibu bapanya menumpangkan Fatin juga secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan mereka berdua yang dahulunya bersekolah di sekolah yang sama

Bapa Fatin, Kamal Wahab, 48, yang bekerja sebagai pemandu lori memberitahu bahawa dia bersyukur kerana anak rakan isterinya itu sangat prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarganya.

“Sudah belasan tahun saya kenal keluarga Syuhaila dan tidak menyangka mereka sudi menawarkan diri untuk menjaga Fatin.

“Mujur jarak rumah kami tidak jauh, jadi mudahlah saya melihat Fatin,” katanya yang mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga keluarganya.

hmetro.com.my

Kami mengucapkan syabas kepada Syuhaila atas contoh murni yang anda lakukan ini. You are the best!

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah menarik di SINI:

You may be interested in: