seismik

Satu Per Tiga Rakyat Malaysia Masih Peroleh Pendapatan Kurang RM3,000

Kerajaan akui 2 juta isi rumah masih berpendapatan rendah.

Cover image via asiafoundation.org

Dalam Laporan Terbaru, Kira-Kira Dua Juta Isi Rumah Di Malaysia Bersamaan 28.7 Peratus Masih Memperoleh Pendapatan Kurang Daripada RM3,000 Sebulan

Statistik kajian yang mengikut piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan kira-kira satu pertiga atau dua juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh pendapatan kurang RM3,000 sebulan.

abnxcess.com

Kira-kira satu pertiga atau dua juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh pendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Image via asean-investor.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, jumlah itu merangkumi 28.7 peratus daripada tujuh juta isi rumah di Malaysia.

abnxcess.com

Pendapatan isi rumah ini masih rendah walaupun terdapat peningkatan dari segi keseluruhan pendapatan mereka yang berada dalam kelompok 40% terbawah dalam strata isi rumah.

themalaysianinsider.com

Walaupun Terdapat Peningkatan Yang Stabil Dari Segi Keseluruhan Pendapatan, Hakikatnya Kerajaan Tidak Boleh Begitu Selesa Dengan Statistik Ini Kerana Masih Ramai Yang Berpendapatan Rendah

Abdul Wahid berkata walaupun pertumbuhan pendapatan berada pada landasan yang betul dan terdapat pelbagai inisiatif kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah, Putrajaya tidak boleh terlalu selesa kerana terdapat ramai lagi yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

yahoo.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Image via bharian.com.my

Kajian yang dijalankan sepanjang 5 tahun lepas bagaimanapun menunjukkan terdapat peningkatan yang stabil dalam keseluruhan pendapatan isi rumah di negara ini, katanya.

yahoo.com

“Kali terakhir kita buat kajian ialah pada 2012. Sekarang, Jabatan Perangkaan sedang menjalankan kajian pendapatan isi rumah dan perbelanjaan isi rumah. Berdasarkan data awal, kita lihat terdapat peningkatan pendapatan dari RM4,025 pada 2009 ke RM5,000 pada 2012, sementara tahun ini purata pendapatan isi rumah ialah pada RM5,919," kata Abdul Wahid.

themalaysianinsider.com

Bagaimanapun, Berdasarkan Kajian Pendapatan Isi Rumah Pada Tahun 2009, 2012 Dan 2014, Wujud Peningkatan Sebanyak Lapan Peratus, Lebih Tinggi Berbanding Peningkatan Kadar Inflasi Negara

"Berdasarkan kajian tersebut, purata pendapatan isi rumah meningkat dari RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012 dan kepada RM5,919 pada 2014. Manakala pendapatan penengah atau median telah meningkat dari RM2,830 pada 2009 kepada RM3,626 pada 2012 dan kepada RM4,258 pada 2014."

mstar.com.my

"Ini bermakna pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi berbanding peningkatan kadar inflasi dalam jangka masa lima tahun terakhir ini."

mstar.com.my

"Ini berikutan langkah kerajaan yang memfokuskan kepada golongan pendapatan 40 peratus isi rumah terendah termasuk pengenalan gaji minima, BR1M dan lain-lain usaha meningkatkan kemahiran golongan tersebut supaya mendapat pekerjaan dan peluang perniagaan dengan pendapatan lebih tinggi," katanya.

mstar.com.my

Dalam Usaha Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Negara, Kerajaan Akan Terus Melaksana Agenda Transformasi Bagi Mewujudkan Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi Dan Perniagaan Kepada Rakyat

"Kerajaan akan memberi tumpuan kepada dasar dan program termasuk pembangunan modal insan, peningkatan dalam produktiviti serta kreativiti dan inovasi. Kerajaan akan memastikan pendapatan rakyat terus meningkat seiring dengan pergerakan kos hidup."

bharian.com.my

“Kita juga akan menyediakan rumah mampu milik iaitu rumah 1 Malaysia yang mampu dibeli oleh rakyat. Ini bagi memastikan rakyat terus mendapat kualiti yang terus baik,” jelas Abdul Wahid.

freemalaysiatoday.com

Katanya, walaupun data awalan kajian pendapatan dan perbendaharaan isi rumah oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini menunjukkan peningkatan dalam pendapatan isi rumah di Malaysia, namun kerajaan masih belum berpuas hati.

bharian.com.my

JUGA DI SAYS: Malaysia Akan Guna Indeks Maqasid Syariah Bermula Januari 2015

You may be interested in: