seismik

“Saya Nak Buktikan Pondan Itu Bukan Lagi Satu Bahan Ejekan” - Jojie

Dia baru saja memulakan pernigaannya awal Mac ini.

Cover image via SAYS via Malaysiakini

Kalau dulu 'Nasi Lemak Anak Dara' menjadi bualan orang ramai, kini 'Nasi Lemak Pondan' pula mengambil tempat menjadi perhatian masyarakat

Sejak minggu lalu, viral di laman sosial apabila seorang peniaga nasi lemak, Jojie, menamakan gerai jualannya sebagai Nasi Lemak Pondan.

Foto Jojie yang sedang berniaga nasi lemak itu tersebar luas di laman Facebook dan Twitter malah berjaya menangkap perhatian para pengguna laman sosial tersebut.

Namun, sejak ia mula viral, pelbagai tanggapan dan persepsi buruk yang telah diberikan kepada Jojie. Ramai yang mengecam tindakannya yang menamakan gerainya seperti nama tersebut kononnya semata-mata untuk viral.

Dalam perbualan kami bersama Jojie pagi tadi, dia memberitahu bahawa dia sedang sibuk menyiapkan bungkusan nasi lemak untuk dihantar ke masjid hari ini

Jojie menyiapkan 100 bungkus nasi lemak untuk diberikan kepada jemaah masjid sewaktu solat Jumaat. Menurutnya, hari ini adalah kali ketiga dia menghantar nasi lemak tersebut ke masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur dengan niat untuk bersedekah.

Image via SAYS via Jojie

Apabila ditanya mengenai kecaman orang ramai ke atasnya, Jojie berkata dia hanya sekadar berniaga dan mencari pendapatan lebih tanpa mempunyai maksud lain

"Saya berasa selesa dengan nama tersebut dan tak merasakan itu sebagai satu ejekan. Kalau saya letak nama Nasi Lemak Bedah ke atau Nasi Lemak Jojie sekalipun, orang tetap memanggil saya pondan," katanya kepada SAYS pagi tadi.

Menurut anak kelapan daripada 15 adik beradik itu, walaupun dia menerima kecaman hebat daripada netizen, dia tetap meneruskan perniagaannya itu kerana dia mencari rezeki yang halal.

Dia sedikit pun tidak mempunyai niat untuk menjadikan dirinya viral dan itu adalah usaha murni yang sedang dia lakukan buat keluarga.

"Malah memang untung perniagaan yang saya buat ini adalah untuk keluarga saya sendiri," tambah Jojie lagi.

Image via SAYS via Jojie

Kata Jojie dia sememangnya telah dilahirkan sebegitu dan dia tidak berasa segan untuk berpakaian seperti itu kerana itu adalah dirinya sendiri

Dia yang dibesarkan di kawasan perumahan flat bersama 15 adik-beradiknya yang lain berkata, dia sudah biasa digelar sebegitu. Lagi pun penduduk-penduduk di kawasan flat tersebut juga memang sudah mengenali dirinya yang berketrampilan sedemikian rupa.

“Daripada orang berpura-pura panggil saya kakak cantik dan sebagainya, lebih baik saya gunakan sahaja perkataan pondan itu.

“Pada saya perkataan pondan bukan lagi sesuatu benda yang perlu dimalukan dan tidak perlu lagi dijadikan sebagai bahan ejekan. Memang komuniti ini wujud di Malaysia,” katanya.

Ceritanya lagi, selepas nasi lemaknya menjadi viral, dia turut dipandang serong oleh komuniti yang sama sepertinya

Mereka menganggap dengan nama yang digunakannya itu serba sedikit telah memberi pandangan negatif terhadap komuniti itu di Malaysia.

"Saya cuba nak buktikan bahawa perkataan pondan itu bukan lagi sesuatu yang negatif. Sekurang-kurangnya saya buat kerja yang halal dan bukan melakukan maksiat.

"Orang seperti kami ini jarang diberi peluang untuk bekerja sama macam orang lain. Jadi adakah dengan berniaga begini pun salah untuk saya lakukan?" katanya.

Sambung Jojie lagi, ini adalah masanya untuk memberi peluang kepada komuniti ini mencari rezeki secara baik dan halal.

Bagaimanapun, dia berasa sangat bersyukur kerana dia dibantu oleh ahli keluarganya ketika berniaga setiap hari

"Alhamdulillah, saya ada abang dan adik-beradik lain yang sering membantu saya berniaga setiap hari. Saya sangat bersyukur tentang itu.

"Malah, ibu saya sendiri membantu menyiapkan nasi lemak hari-hari untuk dijual. Ibu saya juga dulu seorang peniaga nasi lemak. Dia berniaga nasi lemak selama hampir 33 tahun lamanya. Malah, nasi lemak ini adalah inspirasi daripadanya,” terang Jojie. Malah, nasi lemak ini adalah inspirasi daripadanya," terang Jojie.

Apabila ditanya menu apakah yang sering menjadi pilihan ramai, adalah menu signature yang sering menjadi pilihan para pelanggan. Selain menu tersebut, Jojie juga mempunyai banyak lagi pilihan menu lain yang turut menarik minat orang ramai.

Sebelum mengakhiri perbualannya bersama SAYS, dia memberitahu bahawa pondan juga adalah manusia sama seperti masyarakat lain

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini pasal Nasi Lemak Gay pulak. Dengar cerita dah gulung tikar. Betul ke?

You may be interested in: