seismik

Saya Tiada Darah Indonesia - Kenyataan Agnez Mo Ini Buat Orang Marah, Tapi Dia Balas Balik

Ramai orang salah tafsir sebenarnya.

Cover image via Instagram @agnezmo

Agnez Mo atau Agnes Monica merupakan seorang penyanyi popular yang berasal dari Indonesia

Agnes Monica

Image via jpopasia.com

Agnes Monica mula mengukir nama di negara kelahirannya, kemudian melebarkan sayapnya ke peringkat Asia Tenggara sebelum ke peringkat global.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Tak Ada Logika' dan 'Matahariku' ini kini dikenali dengan nama Agnez Mo sejak berpangkalan di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu.

Agnez Mo

Image via Instagram @agnezmo

Karier Agnez Mo yang semakin rancak dan berkembang pesat di sana sekali gus menjadikannya satu kebanggaan bagi penduduk negara Garuda.

Namun begitu, baru-baru ini dalam satu temubual, Agnez Mo berkata bahawa dia tiada darah Indonesia meskipun dibesarkan di sana

Dalam temubual bersama Kevan Kenney dalam rancangan BUILD by yahoo! tersebut, Agnez Mo mengaku dirinya tiada darah Indonesia kerana dilahirkan sebagai kacukan Jerman, Jepun, dan China, dan hanya lahir di Indonesia.

"I actually don't have Indonesian blood whatsoever. Cause I am actually Germany, Japanese, Chinese, and I was just born in Indonesia," katanya.

Kenyataan tersebut telah mencetus kemarahan netizen Indonesia, masing-masing menghalau beliau keluar dari negara tersebut, dan ada juga yang mengucap 'selamat masuk neraka'

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Sebenarnya, ramai orang telah salah tafsir selepas hanya menonton klip berdurasi 32 saat berkenaan

Image via Nyne Comics

Agnez Mo tidak pernah melupakan asal usulnya dan sentiasa berasa bangga membawa nama Indonesia ke persada antarabangsa. Malah dalam temubual penuh, beliau tidak henti-henti memuji negara kelahirannya itu dengan bercakap tentang kepelbagaian budaya yang menjadikan Indonesia sangat istimewa.

Agnez turut berkata beliau tidak mahu mengecewakan Indonesia dan sentiasa berusaha memancarkan keistimewaan budaya negara itu ke dalam muzik dan klip videonya.

Dalam masa yang sama, ramai peminat Agnez Mo memberikan kata-kata semangat serta menyokong perjuangan beliau dalam industri muzik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ok, jom baca cerita kelakar pulak:

You may be interested in: