seismik

Seakan Masih Belum Ambil Iktibar, Pasar Di China Kembali Jual Kelawar & Haiwan Eksotik?

Tolonglah jangan!

Cover image via Berita Harian

Satu dunia kini sedang menghadapi krisis yang amat dasyat iaitu penularan wabak coronavirus Covid-19

Wabak Covid-19 dikatakan berkait rapat dengan tabiat memakan hidupan liar seperti kelawar dan sebagainya.

Umum mungkin sudah mengetahui bahawa wabak ini mula tercetus di Wuhan, China. Sebuah pasar yang terletak di bandar itu telah menjadi pusat lambakan haiwan eksotik yang seterusnya memudahkan ia untuk diperoleh dan dimakan oleh penduduk di situ.

Selepas beberapa bulan memerangi wabak tersebut, rakyat di negara itu dikatakan sudah mulai bebas malah kedai-kedai di bandar Wuhan juga dilaporkan mula beroperasi pada Isnin lalu. 

Namun apa yang menyedihkan, meskipun baru sahaja 'pulih' dari diserang wabak tersebut, dua pasar di China dikhabarkan sudah menjual semula kelawar dan pelbagai lagi haiwan eksotik

Gambar sekadar hiasan

Image via Sinar Harian

Portal Harian Metro yang memetik laporan Daily Mail berkata, pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China sudah kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik yang digunakan penduduk untuk perubatan tradisional.

Dilaporkan, penduduk di bandar itu kononnya meraikan 'kemenangan' mereka dalam memerangi wabak Covid-19 dengan membuka semula perniagaan semalam selepas ditutup untuk beberapa bulan.

Dalam pada itu, di Dongguan, penjualan kelawar juga turut dipromosikan secara besar-besaran oleh penjual perubatan tradisional.

“Pasar ini kembali beroperasi sama macam mereka buat sebelum koronavirus,” lapor koresponden Daily Mail.

Tolonglah ambil iktibar dengan apa yang dah berlaku di seluruh dunia ketika ini.

Dalam pada itu, ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | March 30, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Monday, March 30, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019:

You may be interested in: