seismik

Akibat Terlampau Bimbang, Menteri Kewangan Jerman Ditemui Maut Selepas Bunuh Diri

Mendiang dikatakan "terlampau bimbang" akibat penularan pandemik Covid-19. Malah, beliau turut bekerja siang dan malam untuk membantu syarikat serta pekerja lain bagi menangani impak Covid-19 ke atas ekonomi Jerman.

Cover image via Google

Ketua Menteri Kewangan Hasse, Thomas Schaefer, 54, telah ditemui tidak bernyawa berhampiran landasan kereta api pada hari Sabtu lepas

Ketua Menteri Kewangan Hasse, Thomas Schaefer.

Image via Astro Awani

Mendiang dipercayai telah membunuh diri ekoran kebimbangan yang melampau terhadap penularan Covid-19 di negaranya dan juga cara untuk menangani krisis ekonomi susulan impak daripada pandemik yang kian meruncing di seluruh dunia ini.

Pejabat Pendakwaan Wiesbaden dalam satu kenyataan berkata kes dipercayai tiada kaitan dengan perbuatan jenayah. 

Menurut laporan Free Malaysia Today, Hesse yang menempatkan pusat kewangan Jerman, Frankfurt, di mana institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche dan Commerzbank menubuhkan ibu pejabat di sana. Malah, Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt.

Perdana Menteri Hasse, Volker Bouffier menjelaskan bahawa perkara ini amat menyedihkan. Malah, beliau sendiri terkejut dengan apa yang telah terjadi.

Perdana Menteri Hasse, Volker Bouffier.

Image via RP Online

Bouffier menjelaskan bahawa Schaefer merupakan pemegang jawatan sebagai Ketua Kewangan Hasse selama 10 tahun telah bekerja siang dan malam untuk membantu syarikat serta pekerja lain bagi menangani impak pandemik Covid-19 ini ke atas ekonomi negara mereka.

Tambahan pula, menurut laporan, Schaefer sebelum ini daripada parti pimpinan Angela Merkel, Parti Demokrat Kristian (CDU) disebut sebagai pengganti kepada Bouffier.

Hari ini, kami terpaksa menganggap beliau sangat bimbang. Pada masa sukar ini, kita memerlukan seseorang seperti beliau.”
Perdana Menteri Hasse, Volker Bouffier

Beliau juga dikatakan telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Takziah kami ucapkan.

Semoga roh mendiang dirahmati.

Image via Google

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: