seismik

4 Sebab Utama Mengapa #CleverGirlMy Kena Kutuk Bertubi-Tubi Sejak Awal Siarannya

14 Gadis, 14 Negeri, 1 Juara.

Cover image via www.kbergetar.com

Seperti yang sedia maklum, sejak awal siarannya, rancangan realiti TV3 iaitu Clever Girl telah mendapat banyak kritikan dari rakyat Malaysia

Clever Girl merupakan sebuah program realiti berkonsepkan game show yang mencari gadis paling bijak di negara ini. Oleh itu, 14 peserta wanita yang berperwatakan menarik dan bijak pandai dipilih melalui sesi uji bakat bagi mewakili setiap negeri di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar menerusi satu sidang media Januari lalu memberitahu tujuan utama program ini dibuat adalah untuk menguji pengetahuan 14 gadis terbabit untuk dinobatkan sebagai Clever Girl pertama Malaysia.

Pemilihan ini bakal membuktikan mereka adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Tunjang utamanya adalah pengetahuan yang menjadi senjata utama bagi setiap peserta dalam program ini. Bahkan, biar setinggi mana pun tahap pendidikan peserta, ia juga bukan jaminan utama dalam program terbabit.

sinarharian.com.my

Sebelum siarannya, promosi dan iklan program ini di kaca televisyen kelihatan sangat mengujakan kerana membawakan sesuatu yang agak berlainan untuk program realiti di Malaysia

Malah, idol-idol program ini juga terdiri daripada wanita-wanita yang hebat dalam bidang masing-masing antaranya Vanidah Imran, Cheryl Samad, Marion Caunter dan banyak lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini Clever Girl masih lagi dikecam dan mendapat kritikan orang ramai mengenai pesertanya yang dilabel "beauty without brain"

14 gadis jelitawan yang menjadi peserta program ini dikatakan tidak memipunyai IQ yang tinggi seperti digambarkan kerana gagal menjawab soalan yang dilihat seakan pop kuiz. Malah beberapa soalan yang diberikan di dalam program tersebut dianggap mudah dan tidak begitu mencabar.

Sebabnya:

#1. Pada episod pertama, seorang peserta dari Johor, Wan Zarith Sofea telah menerima komen negatif orang ramai apabila tidak dapat membezakan antara Mahatma Gandhi dan Mother Teresa

#2. Pada episod kedua pula, peserta yang mewakili Selangor, Arina Mohd Fairin turut dihentam orang ramai kerana gagal mengenalpasti bilangan warna bendera Malaysia

Peserta tersebut memberi jawapan bahawa Jalur Gemilang mempunyai 5 warna sedangkan sebagai rakyat Malaysia, pastinya semua orang mengetahui jawapan sebenar adalah 4.

#3. Pada episod ketiga pula, sekali lagi #clevergirlMY menjadi trending di Twitter. Kali ini orang ramai menghentam pihak produksi pula kerana memberi fakta salah mengenai filem Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Soalan kali ini berbunyi “Berapa banyakkah filem P. Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok” dan sejurus selepas itu, pengacara rancangan tersebut, Alif Satar, mengesahkan jawapannya adalah tiga.

Ini menimbulkan kemarahan orang ramai, kerana jawapan sebenar adalah 4 dan bukanlah 3.

#4. Dalam masa yang sama, ada yang menyifatkan soalan yang diberikan pihak produksi juga begitu mudah apatah lagi soalan berkaitan hiburan yang dianggap tidak menguji IQ para peserta

Dan jika anda lihat di laman sosial Twitter, setiap kali program ini disiarkan pasting #CleverGirlMY menjadi trending pada waktu tersebut. Ada saja komen dari netizen mengenai program ini.

Setelah membaca artikel ini, apa kata anda?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selain Clever Girl, Buletin Utama TV3 turut dikecam orang ramai baru-baru ini. Baca SINI:

You may be interested in: