Ini Dia 9 Sebab 'Sebenar' Kenapa Kita Pergi Tuisyen Masa Zaman Sekolah Dulu
Korang pergi tuisyen dulu buat apa ya?
Mengaku sajalah. Zaman dulu-dulu kita pergi tuisyen memang pada asalnya untuk jadikan diri kita lebih pandai.
Tapi...
...pada masa yang sama, mesti ada beberapa faktor lain yang membuatkan kita nak pergi atau kena pergi tuisyen kan?
Antaranya sebab...
1. Ada girlfriend atau boyfriend dalam kelas
Mungkin nasib tidak menyebelahi kita di sekolah apabila tiada satu gadis atau jejaka pun yang berminat untuk kenal dengan kita. Tetapi berlainan pula bila di pusat tuisyen. Mungkin kerana uniform yang dipakai ke sekolah menjadikan penampilan kita kurang menarik. Kalau pergi tuisyen, boleh dress up sikit, muka touch up sikit, pakai wangi-wangi sikit, barulah seronok.
Dengan penampilan kita yang lebih menonjol, tak mustahil jika ada seseorang yang terpikat. Maka kesempatan itu digunakan untuk memetik bunga di taman. Bermulalah episod cinta monyet yang biasanya tak tahan lama.
2. Inilah masanya untuk 'mengular' pergi CC atau jalan-jalan
Ramai yang mengaku sebenarnya ada 'motivasi' lain yang menyemarakkan semangat mereka untuk pergi tuisyen. Selain sebab marka (girlfriend atau boyfriend), cyber cafe juga memainkan peranan yang sangat besar dalam menyuntik semangat ke dalam jiwa anak muda.
Ada sesetengah daripada kita yang tidak mempunyai sebarang game di rumah. Kalau nak main game memang kena pergi ke CC. Jadi, lokasi pusat tuisyen yang berdekatan dengan CC sememangnya amat strategik. Sebelum atau selepas sesi tuisyen, boleh battle kat CC kejap dengan kawan-kawan.
Bagi yang pergi tuisyen di tengah bandar pula, inilah masanya untuk jalan-jalan dalam satu kumpulan beramai-ramai sambil pakai baju pelik-pelik yang dianggap cool. Biasalah, nama pun 'baru nak up', haruslah ada fashion sense.
3. Kat sekolah ada satu jantina je
Haha. Yang ini hanya tertuju kepada pelajar yang pergi ke sekolah lelaki atau sekolah perempuan sahaja. Kesian ada satu jantina je kat sekolah. Kat mana lagi nak cari rakan sebaya yang berlainan jantina? Di tuisyen lah tempatnya!
Disebabkan ini juga, ada yang lebih rela pergi tuisyen daripada pergi sekolah. Ya lah, bila lagi nak tunjuk pandai depan awek atau pakwe sekelas kan? :P Kat sekolah tak boleh nak buat sebab semua sama jantina.
4. Ada cikgu muka handsome macam Robert Downey Jr atau cantik macam Scarlett Johansson
Kalau ini sebabnya, tak perlu nak ulas lebih-lebih. Lumrah manusia sememangnya lebih tertarik kepada kecantikan. Kalau kedai tu ada awek cun tebar roti canai, maka ramailah abam-abam datang beratur untuk makan roti canai. Kalau kedai tu ada abang sado, maka berpusu-pusulah gadis-gadis berkumpul untuk membeli produk yang dijual olehnya.
Biasalah tu kan. Sama juga macam tuisyen. Kalau ada cikgu handsome atau cantik, mesti para pelajar sibuk nak masuk dalam kelas tu.
5. Mak suruh pergi sebab dia yang bayar :/
"Mak bayar tuisyen ni mahal-mahal semata-mata sebab nak kau jadi pandai dan dapat nombor 1 dalam kelas. Kau kena pergi."
"Baik mak."
Bila si ibu sudah berbicara sebegini, apa lagi si anak mampu lakukan? Hanya redha dan redah sajalah. Sebagai seorang anak soleh yang menghormati ibu bapa, kita harungi jua.
6. Kat sekolah aktif sangat dengan macam-macam aktiviti sana-sini so tak selalu masuk kelas
Yang masuk competition dia, yang wakil sekolah dia, yang jadi atlet pun dia, yang pengawas pun dia, lepas dia, dia lagi. Aktif sungguh mengalahkan Perdana Menteri! Mesti akan ada salah seorang kawan kita yang macam ni kan?
Jadi nak tak nak terpaksa jugalah pergi tuisyen sebab nak catch up balik segala syllabus atau topik yang dah terlepas. Yang tak best nya, semua subjek dia kena ambil. Walaupun begitu, belum guarantee dia akan pandai. Hehe.
7. Tak faham apa cikgu ajar kat sekolah
Pergi sekolah dulu dalam satu kelas ada 40 orang. Punyalah ramai! Jadi memang susah sikit nak fokus kadang-kadang. Lebih-lebih lagi kalau subjek tu kita tak suka. Macam manalah nak faham apa yang cikgu mengajar kat depan.
Tuisyen selalunya jumlah pelajar lebih sikit dalam satu kelas, kira-kira 15 orang. Bila pelajar sikit, interaksi dengan cikgu akan jadi lebih tinggi sebab cikgu lebih mudah nak fokus pada satu-satu pelajar. Barulah senang nak faham.
Ada jugak yang rasa method yang digunakan oleh cikgu tuisyen lebih berkesan. Setuju?
8. Tak pandai dalam kelas
Belajar asyik tak score, selalu dapat nombor bawah dalam kelas, dapat A pun jarang-jarang, dapat C memanjang, dapat E pun macam senang. Jika inilah situasinya, maka wajiblah sipolan ini untuk pergi 'further studies' di mana-mana pusat tuisyen.
Mungkin cara pembelajaran dalam kelas yang kurang kondusif menjadikan sipolan ini susah nak belajar di sekolah. Sekurang-kurangnya dapat juga lebihan ilmu bila pergi tuisyen kan? Asalkan jangan ponteng sudahlah.
9. Orang lain semua pergi tuisyen
Ini boleh kita gelar sebagai salah satu fenomena 'FOMO' atau terjemahan secara literal dalam Bahasa Inggeris nya berbunyi 'Fear of Missing Out'. Orang lain beli iPhone, dia pun beli iPhone. Orang lain makan kat kafe hipster, dia pun nak jugak. Orang lain pergi tuisyen, dia pun nak pergi tuisyen.
Lepas tu, pergi tuisyen bukan sorang-sorang tapi dengan geng-geng yang sama kat sekolah. Jadi pergi tuisyen bukan sebab nak belajar sangat tapi sebab nak ikut kawan. Tapi mungkin dia akan rasa lebih bersemangat untuk belajar bila ada kawan rapat kan? Boleh jadi juga. :)
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!