seismik

Cuti Sem Lambat Dan 21 Lagi Perkara Yang Hanya Student UiTM Akan Faham. #UiTMDihatiku

Memang #BangsaUiTM saja yang akan faham.

Cover image via uitm.edu.my

Apabila bercakap mengenai zaman study, mesti setiap orang mempunyai pengalaman masing-masing. Sedih ada, kelakar ada dan yang unik pun ada!

Pengalaman waktu belajar memang sukar dilupakan. Waktu ni lah kita tak tidur malam siapkan assignment, makan mi segera sebab nak jimat, lepak tengok bola ramai-ramai dekat mamak, happy bila kelas cancel dan macam-macam lagi.

Tetapi mungkin setiap tempat pengajian mempunyai keistimewaannya yang tersendiri termasuk juga Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jadi hari ini, kami nak kongsikan dengan anda pengalaman dan perkara yang hanya student UiTM sahaja faham sewaktu menuntut di sana.

1. Yuran murah daripada universiti lain

Perkara pertama yang semestinya UiTM ni win daripada universiti lain adalah bayaran yuran yang murah. Hanya semester pertama saja mereka perlu membayar RM700++. Masuk saja semester kedua dan seterusnya, pelajar UiTM hanya perlu membayar dari RM400++ hingga RM500++ sahaja. Yang pasti memang tak akan cecah seribu ringgit. Disebabkan ini, ramai jugalah kawan-kawan universiti lain akan cemburu dengan mereka.

#Untunglahhhh~

2. Cuti sem selalu lambat

UiTM ni special sikit bila bab cuti sem. Cuti sem mesti lambat daripada universiti lain. Sedang member-member lain sedang menjerit merdeka sebab dah tamat final exam, pelajar UiTM masih lagi di sudut penjuru bilik pegang buku, buat revision untuk paper esok. Bila scroll Instagram tengok kawan lain update gambar kat rumah sambil makan ayam goreng, mereka hanya boleh like dan berhuhu lah jawabnya.

3. Minggu Destini Siswa (MDS)

Minggu Destini Siswa (MDS) atau nama lainnya minggu orientasi. Minggu inilah para pelajar akan merasakan tak cukup mandi, makan dan tidur kerana semua pergerakan kena laju dan tangkas. Jadi kalau busuk dan mengantuk itu adalah perkara biasa.

4. Final exam waktu musim raya

Apabila sampai saja musim raya tak semua pun student UiTM akan gembira dan excited sebab ada yang terpaksa menjalani final exam sewaktu musim raya. Lepas hari raya ketiga dah kena balik kampus. Jadi, masa balik kampung pun bawa buku konon-konon nak study tapi harammm... Tak berusik juga buku tu.

5. Study week PTAR selalu black out

Waktu ni kelas semua dah tamat dan masanya untuk semua pelajar buat revision setiap subjek. Tetapi yang masalahnya di UiTM ni perpustakaan (PTAR) selalu saja black out. Yang peliknya selalu terjadi waktu study week. Bukan itu sahaja, kadang-kadang air-cond pun selalu mati. Jadi berpanaslah semuanya, tambah-tambah lagi PTAR memang selalu penuh waktu study week.

6. Paling nervous bila dapat email dari SALAM

Image via iq.intel.com

SALAM adalah email keputusan peperiksaan akhir yang sering mengganggu emosi pelajar UiTM. Kehadiran 'SALAM' kadang-kadang awal dan kadang-kadang lambat. Mana yang jenis yakin dapat dekan tu mesti asyik refresh email tak habis-habis. Mana yang risau tu, kalau boleh bukak email pun tak nak. SALAM juga selalu masuk email tak bagi salam. Manalah tak terkejut!

7. Hantar salinan keputusan MUET berkali-kali

Image via smktsea.com

Mungkin tak semua melalui masalah ni. Tetapi inilah yang menyebabkan sesetengah pelajar tidak dapat menyimpan duit syiling. Pelajar UiTM diminta untuk menghantar salinan keputusan MUET ke ofis fakulti masing-masing, tetapi yang apa yang mengganggu emosi adalah maklumat tersebut tak pernah pun update dalam sistem. Jadi terpaksalah berkali-kali menghantarnya.

8. 'Tangga Kejayaan' UiTM Puncak Alam

Di UiTM Puncak Alam ada satu tangga panjanggggggg yang menghubungkan fakulti dan kolej kediaman. Bukan setakat panjang malah tangga ini juga cerun dan tinggi yang kadangkala menjadi faktor malas ke kelas sekiranya lambat bangun pagi. Ada yang cakap, siapa study sini pasti akan kurus naik turun tangga ini hari-hari. Tapi tak semua ya, ada lagi masih montel sampailah hari graduasi.

9. Tak pernah kenal academic advisor

Gambar sekadar hiasan.

Image via bangi.kptm.edu.com

Sejak awal masuk UiTM, pelajar UiTM akan mendapat sorang academic advisor untuk setiap pelajar. Kononnya tujuan academic advisor ni macam tempat pelajar-pelajar meluahkan masalah berkaitan pelajaranlah. Tapi hakikatnya, percayalah tak sampai 1% pun yang pernah kenal academic advisor mereka. 4 tahun di UiTM sampai ke sudah tak pernah kenal. Tahu nama saja.

10. Kemahiran Insaniah

Kemahiran Insaniah atau nama singkatnya KI adalah program wajib yang berjalan pada hujung minggu. Jadi impian untuk berjimba dan pulang ke kampung seringkali musnah. Sesiapa tak pergi semester ini kena ganti semester depan. Jangan ingat boleh lari!

11. Bukit Tonggek

Di UiTM Shah Alam ada satu bukit yang dipanggil bukit tonggek. Sesiapa yang lalu di sini kena berhati-hati. Kalau sejenis badan yang berat, jangan sesekali lalu sini. Bahaya!

12. Konvo lambat daripada universiti lain

Bukan cuti semester saja lambat, tetapi majlis konvokesyen pun sedikit lambat daripada universiti lain. Hehe...

13. Duit PTPTN tak luak

Image via afterschool.my

Jadi bila yuran dah sikit, duit PTPTN pun taklah luak banyak mana. Tetapi bergantung jugalah kalau anda seorang yang boros. Sekejap saja duit dah habis. Sebab tu, ramai cakap student UiTM ramai 'kaya-kaya'.

14. Perkhidmatan bas percuma

Terdapat beberapa bas yang disediakan. Tetapi biasalah bila benda dah percuma pasti laku. Pengalaman berasak-asak sewaktu menaiki bas ini nanti boleh dijadikan bahan cerita buat anak-anak.

15. Kesatria Negara

Kesatria Negara adalah unit uniform yang wajib disertai oleh para pelajar semester pertama. Perjumpaan akan dibuat pada setiap hujung minggu. Para pembenci aktiviti kawad kaki pasti merasakan satu semester adalah derita buat mereka.

16. PERKAD

Setelah menyertai Kesatria Negara, pelajar UiTM pula akan menyertai PERKAD iaitu pertandingan kawad kaki antara company fakulti masing-masing. Waktu ni mesti ramai melarikan diri sebab tak nak join.

17. Berebut daftar subjek

Apabila sistem dibuka saja, semua pelajar akan berebut-rebut daftar subjek sebab takut akan dimasukkan ke kelas lain jika kuota sudah penuh. So, bila ramai-ramai log in sistem, sistem pun down. Bila sistem down anda pun down. Tahu-tahu saja anda dah tak boleh daftar sebab dah penuh.

18. No SuFO No Result

Ia adalah sistem online yang mana para pelajar perlu menjawab beberapa soalan berkaitan pensyarah masing-masing. Sistem ini ada tempoh masa yang tertentu. Jika terlepas, pelajar tidak akan dapat mengetahui keputusan final exam mereka. Bahayanya SuFO (Student Feedback Online) ini sebab kadangkala terpaksa temberang dalam memberi penilaian kepada pensyarah. Biasalah tu kan?

19. Saman parking, saman sticker, saman...

Polis bantuan bertugas di pintu masuk Seksyen 7, UiTM Shah Alam

Image via www.ledtronics.com.my

Sebagai pelajar UiTM, paling tidak mesti sekali anda pernah disaman Polis Bantuan. Paling biasa saman yang dikenakan ialah saman parking. Kereta akan di-clamped kerana parking di tempat yang tak dibenarkan. Nak buat macam mana, UiTM parking memang tak pernah tak penuh.

20. Video third language

Rasanya setiap universiti ada ambil subjek ini. Cuma yang berbezanya untuk pelajar UiTM, mereka perlu menghasilkan satu video pendek. Jadi, bila dah sampai saja hujung semester anda akan nampak ramai pelajar UiTM sedang memegang DSLR paling tidak pun smartphone untuk menghasilkan 'filem' terbaik mereka.

21. #UiTMDihatiku

Inilah lagu yang sering mengusik jiwa pelajar UiTM setiap kali berada di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) ketika majlis konvokesyen. Cara menyanyikannya cukup mudah. Angkat tangan kanan dan sematkan di dada serta menyanyilah dengan penuh penghayatan. #UiTMDihatiku

22. Ayahanda Sahol

Datuk Prof Dr Sahul Hamid, bekas Naib Canselor UiTM.

Image via www.uitm.edu.my

Dan tentunya semua alumni UiTM mengenali ayahanda kita. Jumpa lagi ayahanda!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah UiTM:

You may be interested in: