seismik

Pelajar UiTM Digantung Kerana Selfie Di Atas Pentas Adalah Tidak Benar

"Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi..." kata Muhammad Hasrul.

Cover image via The Malay Mail Online

Seorang graduan Diploma Fotografi di UiTM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Razi dilaporkan akan digantung pengajian kerana mengambil gambar selfie semasa sesi konvokesyen pada 13 dan 14 Mei lalu

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata tindakannya itu dianggap memalukan UiTM

"Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya," jelas beliau.

astroawani.com

Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar turut mengatakan bahawa laporan tentang hukuman gantung pengajian bagi graduan itu tidak benar sama sekali, sebaliknya Muhammad Hasrul diberi tempoh seminggu untuk meminta maaf

"Kami beri dia tempoh seminggu untuk meminta maaf. Perbuatannya itu ternyata memalukan UiTM. Tidak ada istilah gantung pengajian, macam mana dia boleh digantung sedangkan dia sudah tamat pengajian. Semua itu tidak benar. Dia hanya perlu minta maaf bagi membersihkan nama UiTM dan selepas itu dia akan dapat skrol diplomanya," terangnya lagi.

mstar.com.my

Graduan yang berumur 21 tahun itu kemudian dilaporkan telah meminta maaf di atas perbuatannya itu yang dikatakan tidak menghormati etika majlis konvokesyen

"Saya minta maaf jika tindakan saya selfie atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan UiTM, saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma," katanya.

mstar.com.my

Menurutnya lagi, sebagai graduan jurusan Fotografi, niatnya mengambil gambar selfie adalah sebagai simbolik untuk jurusan tersebut

"Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi. Tidak salah untuk saya merakam detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma," katanya lagi.

mstar.com.my

Selepas kejadian itu, ramai netizen menyampaikan rasa tidak puas hati sekiranya benar UiTM ingin mengambil tindakan untuk menggantung pengajian Muhammad Hasrul

Selain itu, laporan penggantungnya itu turut dianggap tidak munasabah memandangkan terdapat banyak universiti lain yang telah lama mengadakan 'adat' selfie ketika majlis konvokesyen

Image via Facebook.com
Image via Blogspot.com

Sebelum ini, seorang ibu kepada seorang graduan dihalang daripada menghadiri majlis konvokesyen anaknya. BACA DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: