Kecoh Isu Buli Di UiTM Puncak Perdana, #BatchFerarri Kini Trending Di Twitter. Apa Jadi?
Ingatkan buli ni kena dekat sekolah je...
Kalau diperhatikan isu buli senior kepada junior di IPT ni sudah jarang kita dengar. Namun, sebenarnya aktiviti sebegini masih lagi terjadi terutamanya di IPT awam dan kononnya sehingga hari ini, ia dianggap 'tradisi'. Senang cakap "benda biasa".
Baru-baru ini trending di Twitter apabila seorang pengguna Twitter, @larajacyntha mendakwa senior dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM Puncak Perdana telah 'mendera' pelajar-pelajar junior dengan menyuruh mereka mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.
Kumpulan senior itu dikenali sebagai Batch Ferarri dan nampaknya hashtag #BatchFerarri menjadi salah satu top hashtag di laman Twitter sejak semalam.
Mungkin ada yang tertanya sama ada perkara itu benar atau tidak, nampaknya perkara tersebut telah disahkan sendiri senior mereka
Namun apa yang menjadi kontroversi apabila mereka dikatakan perlu melakukan apa saja yang senior minta seperti masuk dalam almari, menyanyi dan tiup kipas sampai pusing. Haihh...macam-macam betul diorang ni.
Tetapi ada juga menyatakan itu sememangnya adalah 'tradisi' fakulti tersebut sejak dari dahulu lagi
Kebanyakan netizen menganggap bahawa budaya buli seperti itu adalah ketinggalan zaman dan selayaknya dilakukan di bangku sekolah sahaja
Bagaimanapun, sesetengah senior menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa junior mereka bergembira dengan sesi orientasi berkenaan
Malah satu video telah dimuatnaik di Twitter bagi membuktikan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan sememangnya junior happy sewaktu orentasi tersebut.
Setelah isu itu menjadi hangat, nampaknya ramai pengguna Twitter mula menggunakan hashtag tersebut dengan tweet-tweet berunsur humour. Tertawa kecil kami dibuatnya.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!