seismik

[VIDEO] #MadsLendu Dah Macam Parti Liar, Pelajar Dituduh Ambil Alkohol Dan Dadah

Kata mereka, ini hanyalah SENI semata-mata.

Cover image via Instagram #madslendu

Pada 22-24 Januari yang lepas, bertempat di Dataran Keris UiTM Alor Gajah, atau lebih dikenali sebagai UiTM Lendu, Malacca Arts and Design Students (MADS) telah mengadakan sebuah program seni secara besar-besaran

Program ini merupakan anjuran pelajar-pelajar dari Faculty of Arts and Design, UiTM Alor Gajah dan pelbagai jenis aktiviti telah dijalankan sepanjang dua hari tersebut. Antaranya, creative show, roadshow, art talk, foodgasm, explorace dan banyak lagi.

Poster program

Image via Muhammad Hasri/Facebook

Program ini betul-betul mendapat pujian dari pelajar UiTM Lendu dan turut viral di twitter. Jika anda tidak percaya, anda boleh search hashtag #madslendu #madsymptoms dan #fssrAD di setiap laman sosial.

Bagaimanapun, ia menjadi lebih VIRAL apabila satu video berdurasi 15 saat pada malam kemuncak program tersebut telah tersebar dan mendapat kecaman para netizen

Melalui video tersebut, kelihatan para pelajar termasuk lelaki dan perempuan sedang terkinja-kinja menikmati suasana meriah yang rancak dengan alunan muzik yang kuat seolah-olah berada di dalam sebuah kelab malam.

Ia menjadi viral apabila Facebook page yang bernama Sokernet telah berkongsi video tersebut pada akaunnya semalam.

Tahukah anda,Salam Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Tolong siasat kandungan dan peserta video ini. Saya sebagai rakyat yang prihatin dengan akhlak anak muda risau dengan tindak tanduk mereka. Mengikut pengalaman, mereka mungkin di bawah pengaruh dadah atau bahan alkohol.Butiran laporan adalah seperti berikut.Lokasi : UiTM LenduTarikh : 24 Januari 2016Masa : Antara 9PM -12PMSuspek : Pelajar UiTM LenduEvent : Siasat hashtag #madslendu dan #madsymptomTerima kasih.

Posted by Sokernet on Sunday, 24 January 2016

Dalam post tersebut, Sokernet telah meminta pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kandungan video tersebut dengan kenyataan yang menimbulkan kemarahan peserta-peserta program itu iaitu "Mengikut pengalaman, mereka mungkin di bawah pengaruh dadah atau bahan alkohol".

Dalam masa satu hari saja video tersebut telah ditonton hampir 3 ratus ribu tontonan dan telah dikongsi sebanyak lebih 3 ribu kali!

Nampaknya ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan program MADS tersebut. Ini antara 'komen kecam' daripada netizen:

Image via imgur.com

Dalam masa yang sama, ada juga yang memberitahu bahawa mereka semua (yang terlibat) sememangnya 'bersih' pada malam tersebut malah para pensyarah dan polis turut bersama mereka pada malam kemuncak program itu. Jadi, adalah mustahil untuk mereka di bawah pengaruh dadah dan mabuk kerana ia dilakukan di dalam kawasan universiti.

Akan tetapi, ada juga yang menggambarkan video berdurasi 15 saat tersebut tak ubah seperti kelab malam terkenal di ibu kota iaitu Zouk.

Namun, sebilangan pengguna Facebook yang dipercayai juga merupakan pelajar universiti itu bengang dengan kenyataan fitnah yang dilemparkan Sokernet

Image via imgur.com

Malah, beberapa jam kemudian satu lagi video berkaitan turut dimuatnaik. Kali ini pula, kelihatan pelajar sedang bergelut dengan api yang marak. Mungkin digunakan untuk persembahan

Tahukah anda masuk UiTM sebab keluar nanti niat nak kerja sarkis? Abang cakap bodo karang, merajuk. Dah merajuk, makan banyak. Lepas tu jadi gemok. Dah gemok, bising.

Posted by Sokernet on Sunday, 24 January 2016

Sehubungan itu, mantan Yang Dipertua MPP UiTM Alor Gajah atau lebih dikenali sebagai UiTM Lendu itu, tampil memberi pandangannya mengenai isu terbabit

Zulfitri Basir dalam sebuah post mengatakan dia terpanggil untuk memberi komen kerana ramai yang meminta pandangannya selaku mantan YDP universiti tersebut.

Dalam post tersebut Zulfitri memberitahu bahawa "Video yang kurang dari 1minit ini tidak boleh menghakimi semua perkara yang mereka lakukan selama 2 hari. Program yang diadakan ini adalah dibawah fakulti Art and Design ataupun nama lain Seni Kreatif."

Tambahnya lagi banyak aktiviti yang berfaedah berlangsung sepanjang dua hari tersebut

"Ada banyak perkara yang baik, bakat dan kebolehan pelajar-pelajar ini kita boleh lihat sepanjang program dua hari itu tetapi penulis memilih video yang kurang dari 1minit untuk menjadikan isu."

Dalam post itu juga beliau ada menyentuh isu mengenai agama islam yang mana sepatutnya semua pihak haruslah memberi pendekatan atau teguran yang baik jika anak-anak muda tersebut benar melakukan kesilapan.

"Islam itu luas maknanya. Iman itu juga luas pengertiannya. Di dalam kita inginkan sesuatu perkara yang baik, kita haruslah menggunakan pendekatan yang baik. Tidak adil bagi anak-anak muda ini jika mereka tidak diberi peluang untuk belajar jika ada kesilapan yg mereka lakukan. Tunjukkan mereka yang mana salah dan yang mana betul. Mudah sungguh kita MENGHUKUM mereka sedangkan kita tidak ada ketika itu bersama-sama mereka berusaha untuk buat yg terbaik di dalam program tersebut."

Untuk kenyataan penuh beliau, anda boleh baca DI SINI

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah menarik mengenai pelajar UiTM, KLIK SINI:

You may be interested in: