seismik

"Kebanyakan Yang Bengap Semua Masuk UiTM"- 'Tweet' Lelaki Ini Buat Netizen Bengang

Kenapalah boleh kata begini?

Cover image via postimg.org

Sedia maklum, Khamis lepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 telah dikeluarkan dan ia nampaknya menjadi trending di Twitter untuk beberapa hari yang lalu.

Apabila scroll saja Twitter, anda pasti akan lihat begitu banyak tweet yang berkaitan SPM 2015 dibuat. Namun, dalam banyak-banyak tweet tersebut, ada satu tweet pedas seorang lelaki mengenai UiTM yang mendapat perhatian ramai.

Satu akaun Twitter bernama Ian Zainal telah mengeluarkan satu kenyataan pedas berbaur kutukan yang menyebabkan kebanyakan netizen menjadi bengang

Dalam beberapa minit, tweet itu telah mendapat 162 retweets dan 40 likes. Malah satu akaun bernama Adi membalas tweet tersebut dengan mengatakan "aku terharu betul, ada juga yang sependapat dengan aku."

Tweet itu bukan saja viral di Twitter, malah turut viral di Facebook. Pelbagai komen dilontarkan oleh netizen. Ada yang marah, ada juga yang jadikan pengguna akaun tersebut sebagai bahan jenaka.

Apa pula yang dipertahankan oleh netizen? Inilah 4 jenis komen yang dapat kami rangkumkan:

1. Ini mesti kes tak dapat masuk UiTM

Image via imgur.com

2. UiTM bengap? Tapi kenapa menang pidato wakil peringkat antarabangsa?

Image via imgur.com

3. Saya produk UiTM dan kini saya...

Image via imgur.com

4. Mak pesan dah jangan tegur. Pontianak tu.

Image via Twitter.com

Setelah dihentam ramai, Ian Zainal telah 'memanggakan' akaunnya. Namun selepas beberapa hari, 'mangga' tersebut dibuka semula. Kami sendiri tak pasti kenapa.

Tapi menurut Ian, inilah maksud sebenar tweet tersebut. Anda rasa bagaimana?

Kami sebenarnya agak blur dengan kenyataan lelaki ini dan tak nampak apa motif sebenar yang cuba ingin disampaikannya.

Setelah membaca komen-komen netizen, bagi anda bagaimana? Adakah ia terlalu over?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita menarik mengenai UiTM di SINI:

You may be interested in: