seismik

Sebutan Ringgit Sudah Lama Digunakan Alam Melayu Sejak 500 Tahun Dulu. Bukan Malaysia Saja

Dahulunya 1 dolar bersamaan 1 ringgit.

Cover image via Hops.ID & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sehingga hari ini, majlis pernikahan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen bersama Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam masih hangat diperkatakan orang ramai

Image via detik.net.id

Majlis Akad Nikah Diraja itu telah disempurnakan dan diakhiri dengan bacaan doa selamat yang mana ia disiarkan secara langsung melalui Facebook Radio Televisyen Brunei (RTB) News.


Namun setelah klip video istiadat pernikahan itu tular, ramai yang mempersoalkan mengapa sebutan mas kahwin Putera Mateen dalam Ringgit dan bukannya Dollar?

Dalam artikel kami sebelum ini, kami sudah menjelaskan bahawa sebutan Ringgit (di dalam Bahasa Melayu) dan Dollar (di dalam Bahasa Inggeris) digunakan oleh negara Brunei untuk nilai mata wang mereka.

Ringgit = BM
Dollar = BI

Simple kan?
Tetapi kenapa macam tu?

Sebenarnya penggunaan Ringgit sudah lama diguna pakai masyarakat Melayu dalam urusan jual beli kira-kira 500 tahun dulu iaitu ketika Tanah Melayu didatangi pedagang Sepanyol dan Portugis.

Image via says.com

Ringgit telah dijadikan sebagai mata wang rasmi Malaysia selepas duit kertas dan syiling pertama dicetak pada tahun 1967 oleh Bank Negara.

Kalau anda nak tahu, pada abad ke-16 dan ke-17, mata wang luar yang lebih dominan seperti dolar Sepanyol dan dolar Mexico digunakan di Alam Melayu. Ia dikatakan diguna secara meluas untuk urusan perdagangan.

Akan tetapi, di bibir masyarakat Melayu ketika itu, mereka memanggil mata wang terbabit sebagai ringgit.

Perkataan ringgit sebenarnya terhasil daripada satu perkataan Melayu asli yang disebut 'bergerigi'.
Kurator Galeri Numismatik Bank Negara, Wan Muhammad Danial Wan Omar

MENGAPA BERGERIGI?

Memetik laporan Berita Harian, ia merujuk pada sisi bergerigi yang terdapat pada syiling perak dolar Sepanyol, yang digunakan sekitar abad ke-16 dan ke-17, sewaktu era penjajahan Portugis di Melaka.

"Sejarahnya, ringgit digunakan sejak zaman penjajahan lagi iaitu apabila pedagang dari luar menggunakan dolar Sepanyol dan Mexico, biarpun pada zaman itu rakyat tempatan lebih selesa memanggil mata wang itu dengan ringgit, 1 dolar (Sepanyol dan Mexico) sama dengan satu ringgit bagi mereka," kata Wan Muhammad Danial Wan Omar.

Acuan duit syiling lama

Image via Amir Irsyad Omar (Berita Harian)

Tetapi pada ketika itu, sebutan Ringgit digunakan dalam banyak jenis contohnya ringgit janik, ringgit landak dan ringgit matahari disebabkan satu syiling (dolar Sepanyol) yang memaparkan lambang matahari

Syiling emas

Image via Amir Irsyad Omar (Berita Harian)

Bermulanya tahun 1870-an nota bank telah diperkenalkan dan ia telah dihasilkan oleh beberapa bank luar negara; Oriental Bank, Hong Kong Bank dan Shanghai Bank.

Perkataan 'Ringgit' turut tertera di nota bank berkenaan dalam huruf jawi dan koleksi duit itu ada disimpan di Galeri Numismatik Bank Negara.

Wang kertas lama

Image via Amir Irsyad Omar (Berita Harian)

Selain kerajaan Kelantan ketika zaman Cik Siti Wan Kembang, Kesultanan Melayu Melaka adalah antara yang terawal memperkenalkan mata wang sendiri ketika pemerintahannya

Berdasarkan rekod, mata wang ringgit Malaysia dikeluarkan Bank Negara Malaysia, secara rasminya pada 12 Jun 1967, bagi menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British ketika itu.

Pada 1992, lambang '$' dalam wang kertas dikeluarkan dan diganti dengan 'RM' atau Ringgit Malaysia, manakala di peringkat antarabangsa pula, penggunaan 'MYR' diperluaskan sebagai simbol kod mata wang negara Malaysia.

Setiap syiling dan wang kertas yang diperkenalkan mempunyai maksud dan rahsia tersendiri.

Ia juga mempunyai ciri yang menggambarkan sejarah dan kehidupan masyarakat ketika itu.

Sumber: Berita Harian

Sekarang sudah faham mengapa Brunei juga menggunakan sebutan Ringgit untuk matawangnya?

Ilmu baru untuk anda harini. Jom kongsikan artikel ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Sementara itu:

You may be interested in: